Tuesday, August 12, 2014

Tips merancang keluarga bahagia

As salam...

Hari ni nak bercerita gossip-gossip pasal kaum ibu..dan of course la khusus untuk kaum ibu jer..yang bakal jadi ibu..bakal jadi isteri pon boleh baca dan share...hihi...bapak2?? bapak2 pon boleh baca dan share dgn isteri memasing yer..tengok tajuk pon kemain lagi kan..keluarga bahagia..hahaha..

Ini dia gossipnya..tips bagaimana nak merancang keluarga tanpa perlu mengambil pil perancang keluarga..hihi..hebat tak tajuk gossip?? Sebenarnya aku dah guna kaedah ni selama dua tahun..Alhamdulillah..setakat ni berjaya lagi..apa kaedah yang aku guna yer..senang ajer..

Aku guna kaedah "My Calendar" application andriod..

Icon My Calendar
Haha....nampak macam main-main kan?? eehh...aku tak main-main laa..betul2 ni..Application My Calendar ni untuk catit tarikh kita period, tarikh tamat period, tarikh bila kita subur dan macam-macam lagi la..Ok..mesti korang terpikir cemane application ni boleh membantu kita merancang keluarga kan? haaa...meh sini nak tunjuk..

(Rujuk pada screenshot di bawah)

Bila kita start period kita kena add note dalam My Calendar..contoh aku punya 1hb Ogos 2014 aku period (kotak yang kaler pink tu)..pastu bila dah habis period kita add note period dah habis..contoh aku punya 7hb Ogos 2014..bila kita dah complete period, My Calendar akan estimate bila tarikh kita akan subur..kalau korang tengok screenshot kat bawah ni..yang bertarikh 11hb Ogos 2014 (Pregnancy chance is low)..maknanya kalau korang bersama suami time ni..insyaAllah telur takkan bertemu dengan sperma..haha..so, kepada sesiapa yang merancang tamau anak lagi time ni..ambil peluang bersama suami time kita tak subur..cam aku ke? haha..


Dan kepada mereka yang merancang nak dapat baby pulak korang boleh bersama suami pada hari-hari yang ada tanda kecik bulat kaler pink tu..contoh screenshot kat bawah yang bertarikh 18hb Ogos 2014, time tu ovulation day..ovari kita akan bertelur..so, pregnancy chance is high la..atau korang boleh bersama suami antara tarikh 13hb hingga 19hb Ogos 2014..itu waktu kita subur..kebarangkalian untuk korang nak mengandung tu tinggi..


Waktu subur setiap orang tak sama..jangan ingat korang punya waktu subur 18hb Ogos ni pulak k..hahaha..itu contoh sahaja..waktu subur bergantung pada tarikh kita period dan tarikh kita habis period..korang kena jujur la bila add note dalam application ni..kalau main tipu-tipu jer..result tak sama la..haha..

Ehh, satu lagi nak bagitau..application ni sesuai untuk orang yang period teratur jer..tetiap bulan datang haid dan ikut kitaran hari yang betul...kalau period tak teratur aku tak sure menjadi ke tak..hahahaha..

Cuma nak ingatkan..walau apa pon usaha kita..rezeki anak ni bergantung pada Allah swt..kalau Dia nak bagi rezeki kat kita..mengandung la jugak kita ni..tapi tak salah kalau sambil-sambil kita usaha..doa kepadaNya jangan dilupa..kan?



20 comments:

  1. problem adalah bila tarikh period lari lari.. ngeri.. haha

    ReplyDelete
  2. aha! sekarang jugak donlot. walopon tak teratur sgt dan walopon dh psg iud hehe

    ReplyDelete
  3. saya pun guna app ni jugak....hikhik.... ada beberapa app mcm ni sy download... juz utk buat perbandingan kiraan... huhu....maklumlah lepas gugur ari tu period dah x teratur.... risau kengkadang......

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya org dulu-dulu dah guna cara ini cuma tak ada aplikasi
    Sekarang dah canggih apa lagi nak tunggu cubalah kan...

    Betul usaha kena ada walau kita tahu semua atas ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  5. nice tips la kak.. hehe
    nt da kawen bole la cuba ^^

    ReplyDelete
  6. nak dowlnload jugak lah.. macam best je.. TQ berkongsi...

    ReplyDelete
  7. kaum suami pun kena tahu bila waktu subur isteri mereka. jgn main terjah je. hehehehe

    ReplyDelete
  8. saya tak tahu plak ada apps ni... tp merancang sendiri gak.. tu yg prgnant setiap tahun genap tu... muahahhhaha... blh gitu?... ekkekkeke

    ReplyDelete
  9. pernah guna jugak apps nie..tapi kalau Miss P gelong tetap gelong jugak la...hehehe

    ReplyDelete
  10. Kita hanye merancang, Allah la sebaik2 penentu..

    ReplyDelete
  11. Saya rancang sendirian berhad jer. Tak reti nak makan² pil ni. Apps ni pon memang dah lama download ☺

    ReplyDelete
  12. saya pun pakai benda ni. tapi untuk p... je la.. bukan untuk pregnancy punya. hee

    ReplyDelete
  13. Sy pun guna apps ni juga.. Yg ni pling sng nk faham...

    ReplyDelete
  14. Tq for sharing..
    Kiranya mmg x guna apa2 perancang la ye?? Sy mmg x dibenarkan mgandung sbb msalah kesihatan..cz pgalaman sblm ni mgandung dlm keadaan koma.. mula2 dulu doc bekalkan ubt prncang.. tp effect pd kesihatan lya.. pastu ambk perancang cucuk.. pom effect.last2 doc gtau sy xleh guna apa2 perancang hormon.. so pilihan iucd n ikat trs pranakan.
    Msa tu fikir pnjang.. dgn umur muda lg.. last2 pilih iucd.. pemakaian 2thn pertama ok je.. tukar iucd baru utk thn ke 3 mula rsa sakit truk time period.. dgn period lama n sakit sgt kat peranakan.. btahan hampir 2 thn gak.. smpai la lya eksiden bln 3 aritu n koma.. n lumpuh skejap.. doc tpksa buang iucd sbb nk wak mri dlm bln 5 bru2 ni.. lps buang ptt jumpa blik pkar ong utk ikat trs peranakan.. tp kbtulan msa tu lya ssh nk gerak bkerusi roda.. t'skip ambk tarikh utk ikat .. tup2 keajaiban.. dlm akhir bln 5 dh blh bjln lps cuba berubat cara alternatif.. sjk tu lua x smpat2 lg nk ambk tarikh. N skarang mmg x guna apa2 perancang dr doc.. maybe leh cuba cara ni.. bkn nk menolak mgandung.. tp keadaan lya.. 3x mgndung dlm keadaan koma.. baby 1 n baby ke 3 x dpt diselamatkan
    . Y terselamat just ank ke2 lya, asya.. y ada skarang ni.. tu pom doc dh nk gugurkan msa asya 6bulan dlm kndungan sbb keadaan saya 50/50. Tp kuasa allah swt juga y myelamatkannya.. alhamdulillah.. ada seorg permata hati dianugerahkanNya.

    ReplyDelete
  15. okay... dah tutup kedai... kekekeke...

    ReplyDelete
  16. Asslmkm kak.. Sy pun pkai jgk apps ni. Xsngka lepas je dwnld try la.. Kbtln time sbur tu suami ambik cuti thun kasi hbis. Sy try je. Alhmdulillah mngkn jgk rezeki.. Hihihi.. Sbb en.suami nk sngt ada gudnews dlm msa terdekat after mried.. ;)

    ReplyDelete
  17. Alamak kita anak dara terbaca benda ni pulak haha...takpe berguna pada masa depan haha

    ReplyDelete
  18. kte donlod bnde nie nk pastikan tarikh priodd...

    ReplyDelete
  19. Wah, macam2 application skrg ni kan :)

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)