Showing posts with label Kad raya. Show all posts
Showing posts with label Kad raya. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Terima kasih blogger untuk kad raya..

As salam..

Feeling zaman kat sekolah menengah bila dapat kad raya...serious rasa macam excited nak lompat-lompat bila bukak post box ada sampai kad raya..tahun lepas pernah dapat jugak kad raya dari blogger..tahun ni pon Alhamdulillah..seronok dapat jugak kad raya dari blogger..kali ni kad raya dari Dik an dan SA (Suria Amanda) 

Ni dia..kad raya dari Dik an...bukan takat kad raya..dapat sekali ngan kerongsang cantik..!! terima kasih banyak2 Dik an..katanya hadiah utk Top Commentator bulan Jun..Alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi..:)

Kad raya dari Dik an
Ini pulak kad raya dari SA..blogger Suria Amanda..:) Terima kasih awak..

Kad raya dari SA
Bagus sebenarnya blogger-blogger kat Malaysia ni..kalau bukan kerana korang yang rajin menghantar kad raya..rasanya dah tenggelam adat menghantar kad raya ni..sekarang kan sume nak cepat..kad raya pon tagged jer kat Facebook..kan? tapi bagi aku yang tu tak feel langsung..rasanya ngan menghantar kad raya macam ni lebih buatkan kita rasa dihargai dan diingati..kan?

Aku pon belum lagi hantar kad raya ni...susah betul nak cari orang jual kad raya sekarang ni..kat kedai buku pon dah takde jual..pelik betul aku..selalunya kat kedai buku la kad raya jual banyak pon...huhu..ingat petang ni nak ronda cari jugak..dah niat nak kasi..kena pusing cari gak..Yosshhh!!


Monday, August 26, 2013

Kad raya dari blogger

As salam..

Dah lama nak buat entry ni..tapi gamba tak amik2..hari ni baru sempat amik gambar..sepatutnya sebelum raya lagi kena post entry ni..tapi kad raya pon sampai dah lepas raya..takleh nak post sebelum raya..haha..

Bookmark raya dari IntanBerlian
Cantik gambar IntanBerlian bertiga,
Dengan anak-anak penyeri rumahtangga,
Thank you Ina atas bookmark raya,
Ucapan Selamat hari raya dari kita..:)

kad raya kreatif dari Eca!!
Sungguh kreatif hasil kerja tangannya,
Sanggup hantar walaupon nun jauh dari Sabah sana,
Siapa tak kenal ngan adik Eca kita,
Terima kasih yer atas kad raya!!

kad raya dari blogger mimie!!
Tak ku sangka permintaan di terima,
Kad raya dari cik Mimie dakeiza comel kita,
Tulisan pon comel macam tuan dia,
Next year la kita reply kad raya yer...

p/s : ok tak aku berpantun? hehe...terima kasih kengkawan blogger sebab sudi bagi kad raya..tahun depan kita reply yer..:)