Wednesday, July 23, 2014

Terima kasih blogger untuk kad raya..

As salam..

Feeling zaman kat sekolah menengah bila dapat kad raya...serious rasa macam excited nak lompat-lompat bila bukak post box ada sampai kad raya..tahun lepas pernah dapat jugak kad raya dari blogger..tahun ni pon Alhamdulillah..seronok dapat jugak kad raya dari blogger..kali ni kad raya dari Dik an dan SA (Suria Amanda

Ni dia..kad raya dari Dik an...bukan takat kad raya..dapat sekali ngan kerongsang cantik..!! terima kasih banyak2 Dik an..katanya hadiah utk Top Commentator bulan Jun..Alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi..:)

Kad raya dari Dik an
Ini pulak kad raya dari SA..blogger Suria Amanda..:) Terima kasih awak..

Kad raya dari SA
Bagus sebenarnya blogger-blogger kat Malaysia ni..kalau bukan kerana korang yang rajin menghantar kad raya..rasanya dah tenggelam adat menghantar kad raya ni..sekarang kan sume nak cepat..kad raya pon tagged jer kat Facebook..kan? tapi bagi aku yang tu tak feel langsung..rasanya ngan menghantar kad raya macam ni lebih buatkan kita rasa dihargai dan diingati..kan?

Aku pon belum lagi hantar kad raya ni...susah betul nak cari orang jual kad raya sekarang ni..kat kedai buku pon dah takde jual..pelik betul aku..selalunya kat kedai buku la kad raya jual banyak pon...huhu..ingat petang ni nak ronda cari jugak..dah niat nak kasi..kena pusing cari gak..Yosshhh!!


9 comments:

  1. tulah..
    bagus jugak kembalikan keseronkan menghantar kad raya ni kembalikan.. alah x terfikir plk nk buat juga..dah x sempat dah..

    ReplyDelete
  2. samalah cam saya kak..nak reply tapi tak jumpa orang jual kad raya..tahun depan kalau nak hantar ke rakan-rakan blogger kena buat sendiri la gamaknya..

    ReplyDelete
  3. lieya ni harap tgu sms atau wasap raaya jek laa heheeheheh...

    lieya ingat mase zaman sekolah2 dulu.... due tiga kepuk beli kad raya.... beli setem...pos kat kawan2, pastu tgu balasan.....ya Allah rindu saat tuuu..skrang ni payah dah nak tgk keadaan ni kan...teknologi makin canggih dihujung jari skrang....

    ReplyDelete
  4. Kakak setuju.. kalau tak ada blogger rasanya kad raya terus tenggelam..
    Sebab yg rajin berkad raya rasanya blogger kan...

    ReplyDelete
  5. Wah tgk ramai dh yg dok dpt kad raya ni...hehe nk jugak!! :P

    ReplyDelete
  6. Tahun depan SA tempah sendiri punya kad eh...tp limit utk 50 org je...hihi

    ReplyDelete
  7. tahun depan kita balas2 kad raya pulak ya.. baru kenal ni.. haha.. tadi cari button follow tak jumpa.. rupanya kena scroll sampai bawah ye.. haha..

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)