Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Buffet Ramadhan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani

As salam...

Ini cerita hari Sabtu yang lepas...berbuka puasa bersama Northen Bloggers di Park Avenue Hotel, Sungai Petani...lebih kurang 12 orang yang hadir..dan lebih kurang 7 orang yang ada blog..Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan..Iftar yang ditaja sepenuhnya oleh pihak hotel..best tak? of coz best kan sebab mende free..haha..ni gara-gara aku terview entry Farah minggu lepas yang Farah sedang mencari2 10 orang blogger untuk berbuka puasa bersamanya di Park Avenue Hotel kerana pihak hotel dengan berbesar hati telah memberi voucer free utk 10 orang blogger berbuka puasa di situ..Aku pon apa lagi...tanpa buang masa terus tanya en hubby boleh ke tak...bincang2..then dia kasi...Yahhooo!!

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 6.40 petang..sebab janji ngan Farah nak jumpa kul 6.45 ptg..mase masih awal tapi dah nampak kelibat orang yang mula membanjiri hotel..

Belum apa-apa mestila bergambar dulu..hihi..

Buffet Ramadhan Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah

Buffet Ramadhan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani masih mengekalkan konsep yang sama iaitu konsep Buffet Stall...terdapat 25 jenis stall yang ada antaranya KAMBING GOLEK, UDANG GORENG BEREMPAH, AYAM TANDOORI, LAKSA Ala Park Avenue, KEBAB, AIS KACANG, LAKSA UTARA, BAKSO, AIS KACANG, OTAK-OTAK, TEH TARIK, PUTU MAYUNG, NASI AYAM Ala Park Avenue dan macam-macam lagi yang ada..

Stall
Pihak hotel menyajikan lebih kurang 300 jenis menu masakan yang amat menarik..kalau aku senaraikan di sini memang tak muat page nanti..yang pasti korang kena datang sendiri rasa baru tahu kemeriahan makanannya..ini antara gambar yang sempat aku snap..

Kambing Golek
Ayam Golek
Kebab
Pelbagai jenis makanan lagi..antaranya Laksa, Mee rebus, Pelbagai jenis kerabu, Celup-celup pon ada..!!

Hotel ini juga menyediakan dua main dishes yang berbeza iaitu Kampung Style untuk mereka yang sukakan masakan kampung..manakala Muhibbah Style untuk mereka yang gemarkan masakan selain masakan kampung cthnya Chinese, Thai dan Indian Style..dan menu untuk main dishes akan bertukar setiap hari..maknanya kalau korang datang hari ni ada masakan ketam..esok belum tentu ada masakan ketam yang sama..maknanya kalau korang nak datang setiap hari untuk makan main dishes yang disajikan pon memang berbaloi!!

Muhibbah Style
Kampung Style
Selain dari main dishes dan stall yang ada..pihak hotel juga menyajikan 15 jenis kuih muih..dan yang menariknya..kuih talam sahaja ada 10 jenis habaq anngg!! ..aku pon sempat makan satu jer..yang lain tak sempat makan sebab perut dah hampir penuh..haha..

Kuih-muih 
Apa yang menarik lagi di sini ialah kita dihiburkan dengan live band yang mendendangkan lagu-lagu hari raya..maklumlahkan raya tak lama lagi dah..korang akan terasa sebijik macam suasana hari raya...di tambah dengan kepadatan manusia yang berbuka puasa di situ..sebijik macam event hari raya!! haaa...Suara penyanyi pon boleh lawan Dato' Siti tau..

Meja kami yang betul-betul berhadapan dengan live band
Stall yang paling menarik perhatian aku adalah Stall Ais Kacang sebab topping dia sahaja ada 101 jenis topping!! aku plak memang gila ais kacang..suruh ulang alik 10x ambik pon aku tak kisah..sorry la tak sempat snap gamba ais kacang..sume dah selamat masuk perut..haha..tapi seriously ais kacang dia memang sangat best! kira tak ingat langsung nak snap gambar..sedar-sedar dah habis makan pon..haha...Minum air pon tak banyak kira duk makan ais kacang jerk..

Stall Ais kacang dan Topping
Ini pulak antara gambar-gambar makanan yang aku makan yang sempat di snap gambarnya ..yang lain selamat masuk perut..haha..sori la..tengok makanan macam terlampau sedap..nak amik gamba pon dah lupa..hihi..

Kambing Golek
Bagi aku kambing golek yang di sini memang kebabomm!! di tambah plak cicah ngan air asam dia...Fuuhhh!! memang meletops la!! patutla ramai giler orang beratur nak ambik..aku sebenarnya bukan peminat kambing golek sangat pon..tapi kambing golek yang ni memang lain dari yang lain..dia tak bau hanyir kambing..yang pasti memang sedap lah!! Korang rasa sendiri baru korang tahu kenapa orang sanggup beratur panjang...

Udang Goreng Berempah
Ni lagi satu yang sedap bagi aku...dia punya ramuan rempah memang cukup2..tak manis sangat..tak masin sangat..aku makan sume sekali ngan kulit2..yang tinggal cuma ekor jer..hahaha..

Chili Crab Chinese Style
Yang ni pon memang sedap bagi aku..masin2 berlemak...maklumlah aku ni kan peminat ketam no. 1..apa sajer masakan yang berkaitan ngan ketam memang sedap bagi aku...haha..

Ayam Tandoori dan Ayam Golek
Nasi Tahari dan Lemon Chicken
Apam Balik
Kulit Apam balik yang crispy tu yang aku suka..sedap!!

Dessert confirm mesti ada!!
Haaa...lagi satu yang menarik kat sini kan..korang boleh sembahyang sunat terawih berjemaah kat surau hotel..imam yang dijemput khas pulak tu..kiranya lepas korang berbuka puasa tu..boleh la terawih dulu kat surau hotel..dan moreh juga disediakan oleh pihak hotel..takdela terkejar-kejar nak balik nak terawih kan..


Gambar sedang makan mesti kena masuk jugak kan..hihi..




Ini dia Farah yang aku sebut2 namanya di awal entry..Terima kasih Farah atas jemputan...baca entry di blog Farah pon boleh tahu Farah memang peramah orangnya..baru jumpa sekali tapi berborak macam dah jumpa banyak kali kan..haha..Thank You very much Farah...kalau bukan kerana Farah..tak merasa la makanan best kat sini..!!

Antara rakan blogger yang hadir
Gambar berdua lepas habis makan mestila kena ambik kan...Alhamdulillah..kenyang dapat berbuka puasa di sini...secara keseluruhannya makanan yang disajikan memang terrrrbaaaikkk...kitaorang memang berpuas hati..betul-betul puas hati!! kalau tak takkan sampai hari ni aku masih lagi terbayang-bayang kesedapan ais kacang tu!! huhu..

So, pada mereka yang sedang mencari tempat utk berbuka puasa di luar..aku memang rekemen korang berbuka puasa di Buffet Ramadhan Park Avenue Hotel, Sungai Petani..harga pon memang berbaloi-baloi..padan dengan makanan yang disediakan..tak mahal mana pon..RM 60/dewasa dan RM 38/kanak-kanak..kalau bawah 5 tahun boleh makan free jer..

Sementara Ramadhan yang masih lagi berbaki beberapa hari ni..lebih baik korang cepat2 ambil peluang berbuka puasa di sini..kalau nak lebih murah korang boleh beli voucer dan booking tempat sesiap..kalau melalui voucer harganya RM 55/dewasa dan RM 35/kanak-kanak..

Untuk mendapatkan voucer..korang boleh contact this beautiful person :

Puan Nurul
(Sales & Marketing Executive)
No. Phone : 016-419 2926
Email : nurul@parkavenue.com.my





Saturday, July 12, 2014

Angry bird roaster

As salam....

Korang pernah tengok angry bird roaster bukak puasa tak? Ini dia ghupenya..kemain lagi makan moi (bubur nasi)...haha...


posted from Bloggeroid

Thursday, August 1, 2013

Tengok gamba jela hari ni..

As salam..

Saje nak cerita pasal berbuka puasa kat luar last week..kebetulan dah ada gambarnya terus update jela..tempatnya korang teka la sendiri..tgk gamba pon korang tahu dah kat mane kan..haha..malas nak cite panjang..tgk gamba jer aci la ek..haha..


dapat air free..:)
Anak2 punya
bersungguh kakak tunjuk kek..hihi..

bersungguh adik ammar makan!!
tak sabar dah adik ammar nak makan
alaa...mama tak kasi plak..nangis2... (eh,eh, kakak buat gaya gyoumi ke tu?? )
Ok2..makan la nak..

p/s : gamba abah? sori takde..abah jurukamera..haha..