Showing posts with label Amway. Show all posts
Showing posts with label Amway. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Menghitung hari untuk Ramadhan...

As salam...

Lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan kan? Bersediakah kita untuk menghadapinya...bagi yg perempuan dah habis ke ganti puasanya...kalau diingatkan rasanya baru sahaja kita sambut Ramadhan tahun lepas...tup tup..tahun ni dah sampai ke bulan Ramadhan yang seterusnya...rasanya baju raya tahun lepas tak lusuh lagi...nk kena beli baju raya baru plak...begitu cepat masa berlalu...begitu dekat kita dgn hari kiamat...huhu...

Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi kita kerana bulan Ramadhan tahun ini dijangka bulan yang agak panas dari biasa...bahangnya pon kita dah terasa kini...moga kita sanggup redah segala dugaan yg dtg ketika Ramadhan nanti..mohonlah byk2 doa semoga kita semua diberi kekuatan utk menempuh bulan puasa tahun ini ...kekuatan seperti umat Nabi Muhammad s.a.w. yang masih mampu berperang ketika bulan puasa...begitu kuat dan besar semangat jihad mereka..

Dan jangan lupa bykkan doa semoga diberi keredhaan utk bulan Syaaban..dan dipanjangkan usia kita utk sampai ke bulan Ramadhan..

Dan seperti biasa..mende yg wajib dibeli untuk persediaan bulan Ramadhan..tak lain tak bukan...kurma utk bersahur dan berbuka...kan?


Kurma feberet dari Arab Saudi jenis Khidry...lemak tapi kurang manis...menjadi pilihan utk kami sekeluarga..tahun lepas beli satu kotak utk bulan puasa...tapi belum habis Ramadhan kurma dah habis...so, tahun ni terus prepare 2 kotak utk bulan puasa nanti..

Jangan lupa...bulan Ramadhan bukan bulan pesta makanan..tapi bulan yang penuh barakah yang patut diisi dengan amalan2 sunat..tetapi pahala yang sgt berganda...Allahuakbar!!

Moga Ramadhan kali ini penuh makna dan kami harap dapat tempuhinya dengan sempurna...

posted from Bloggeroid

Monday, June 2, 2014

Rahsia kasut sekolah putih melepak!!

As salam...

Sajer nk citer rahsia kasut sekolah Aleesya putih berkilat tanpa letak kapur kasut...hihi....



Hasil basuhan tangan Aleesya sendiri..putih melepak tanpa kapur kasut...haha...bangga mama!!



Tengok gayanya membasuh kasut...susah sgt nk tonyoh...last2 dia pakai kasut sambil tonyoh...kreatif kan? Haha..

Apa rahsianya ek...sampai putih melepak kasutnya...inila rahsianya!!


Sabun feberet dulu kini dan selamanya...

Rendam kasut ngan satu sudu kecil SA8 serbuk dan satu sudu bleach untuk semalaman..esok paginya basuh ngan senang hati..sebab kotoran senang keluar..tu yg Aleesya seronok jer basuh kasut..lagi2 bila basuhannya putih melepak..haha..

Ok..sekian..
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 23, 2013

Artistry jugak yang terbaik!!

As salam..

Pepagi dah bukak page Yahoo konon nak check email..sekali sangkut sekejap kat tajuk News " Japan whitening creams spark 15,000 complaints." Ohhh...produk Japan ni..cepat2 klik...

Rupa-rupanya produk Kanebo yang terkenal jugak di Jepun..mereka mendapat lebih kurang 15k complain dari pengguna 54 produk yang mengandungi whitening chemical "Rhododenol". Ramai pengguna yang complain kata skin tone berubah lepas pakai whitening cream..

So, syarikat Kanebo dah tarik balik berjuta produk yang affected dari seluruh negara termasuk Britain..Biasanya whitening chemical "Rhododenol" ni dikenali sebagai 4-(4-hydroxyphenyl)-2-butanone. Tak sangka company besar kat Jepun pon guna chemical jugak utk cosmetic..haha..(konon2 percaya yang orang Jepun ni jujur lam buat produk kecantikan..)

So, kawan2..hati2 bila memilih skin care products..jangan percaya bulat2 pada iklan..kalau boleh rajin2 la buat research..:)

Satu yang menarik perhatian aku..bila company tu cakap camni..

Susah nak jumpa company yang sanggup bayar customer dia..lagi tak mengaku ada la..haha..

P/s : Apepon..Artistry jugak yang terbaik!! :)


Tuesday, October 8, 2013

Kenapa Alfalfa sangat bagus?

As salam..

Kenapa Alfalfa dipercayai sangat bagus utk kesihatan kita? kenapa Alfalfa sangat memberi manfaat pada tubuh kita? pada mereka yang baru saja mengenali perkataan Alfalfa..Alfalfa adalah nama sejenis tumbuhan atau nama saintifiknya Medicago Sativa L. yang mengikut sejarah boleh di makan seluruh daun, tangkai, akar dan biji oleh manusia.
pokok Alfalfa
Antara separuh dari akar pokok Alfalfa
Alfalfa berasal dari bahasa arab terbahagi dua bahagian iaitu "Al" beerti Allah dan "falf" beerti ribuan kenikmatan dan manfaat atau orang Yunani kata "bapa dari segala makanan" kerana pokok Alfalfa hanya tumbuh renek ttetapi akarnya menjalar panjang hingga 30m ke dalam tanah yang mampu menyerap segala khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Tumbuhan Alfalfa mengandungi 60 nutrients iaitu kandungan protein di dlm Alfalfa adalah 18.9% dibandingkan dengan daging sapi iaitu 16.5%, 3.3% untuk susu dan 13.1% untuk telur. Alfalfa juga mengandungi khasiat kalsium yang sangat tinggi iaitu 14 kali ganda berbanding gandum. 

Antara vitamin dan mineral yang terdapat di dalam Alfalfa adalah vitamin A, Thiamin (vitamin B1), Riboflavin(vitamin B2), Niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, asid folic, kalsium, magnesium, fosforus, Zink dan Copper. Dengan segala khasiat yang ada di dalam Alfalfa tak heranla Alfalfa mampu memberi segala kebaikan kepada tubuh badan kita antaranya :

1. Bagus untuk membuang toksin di dalam tubuh.
2. meningkatkan jumlah sel darah merah
3. sebagai antioksidan
4. mencegah penyakit kanser
5. berfungsi sebagai antikolesterol
6. menggantikan sel yang rosak
7. melembutkan salur darah
8. membantu menurunkan kadar kolesterol
9. menurunkan tekanan darah tinggi
10. mengurangkan bahaya dari kesan merokok
11. mencegah radang sendi
12. mengurangi penyakit asthma
13. membantu melambatkan penuaan
14. meningkatkan sistem imun tubuh
15. mengubati anemia
16. membantu dalam keseimbangan hormon dan menopause 
17. membantu dalam sistem pecernaan dan penghadaman yang lebih baik.

Banyak lagi manfaat yang dapat diberikan Alfalfa pada tubuh badan manusia..selain itu, Alfalfa juga mengandungi kandungan klorofil yang tinggi iaitu 4 kali ganda tinggi berbanding sayuran hijau yang biasa. Klorofil adalah warna hijau yang terdapat di dalam Alfalfa yang memberi banyak khasiat kepada kita..antaranya : 

1. dapat meningkatkan sistem imun dan menjaga sel tubuh kita
2. mencegah cancer
3. menghalang dari sel cancer merebak
4. antioksidan

Sekarang Alfalfa di tanam secara meluas di Ladang Nutrilite, Lakeview, California..yang bestnya tanaman ini di tanam secara organik yang tidak menggunakan sedikit pon racun rumpai or baja nitrogen buatan.. Boleh rujuk SINI. Sekarang juga dah banyak syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang mengandungi khasiat Alfalfa yang dijual di Malaysia..tapi yang aku tahu cuma dua iaitu Nutrilite dan Shaklee.

produk Alfalfa Shaklee
Antara product Nutrilite yang mengandungi Alfalfa adalah :

 Daily
 (multivitamin dan multimineral - 11 vitamins dan 7 minerals)
Double X
 (multivitamin, multimineral dan phytonutrients - 12 vitamins, 9 minerals dan 17 phytonutrients)
Calcium & magnesium 
Alfalfa mmg diketahui sgt bermanfaat kepada manusia tetapi tidak semua orang dapat menikmati khasiatnya jika dia mengalami penyakit Talasemia dan SLE (Systemic Lupus Erythematosis). Tidak sesuai juga di makan oleh mereka yang sedang mengamalkan ubat Warfarin (ubat cairkan darah)..ubat yg biasa di makan oleh pesakit jantung utk cairkan darah..

Produk Nutrilite Daily memang aku duk amalkan sejak aku kawen..mase duk jepun lagi my MIL dah poskan bagi aku makan..mase tu tak tahu pon khasiat Daily tu utk apa..tahu makan jer..tu pon kadang2 skip jugak..hehe..tapi bila dah balik Malaysia..sorila nak skip2..MIL kita tu dulu nurse..sgt mementingkan kesihatan..so, nak tak nak mmg kena telan jugak..bila dah tahu preggy anak pertama mmg takleh tinggal dah sampai sekarang duk consume..lagi2 tengah breastfeed ni..sgt ngam ngan aku la!

Tapi bagi anda yang ingin nak consume apa2 produk kesihatan..pastikan anda betul2 mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar bidang tersebut..jgn percaya membuta tuli testimonial semata2..kalau boleh rajin2 la buat research sikit yer..:)





Monday, July 15, 2013

Nasi Briyani pantas!!

As salam..

Selamat berpuasa kawan2..hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa..cepat jer rasa mase berlalu kan..pagi tadi sempat bersahur dgn nasi briyani..tgk lauk berbuka semalam ade lagi..kurma telur, sambal ikan bilis ngan daging masak hitam masih berbaki..tiba2 teringin nak makan nasi briyani...seb baik boleh masak cepat..kalau tak mmg tak bersahur la kami jawabnya..haha..

Sini aku share resepi mudah nasi briyani aku..nama dia nasi briyani pantas..kenapa nama dia pantas? sebab nasi briyani ni di masak lam mase 7 minit shj..sbb tu nama dia nasi briyani pantas..haha..apa2 jelah..

rempah briyani iman
Bahan-bahan
Nasi Briyani Pantas

Bahan-bahan ( hidangan utk 4 orang makan)
1. Bawang merah 2 ulas dimayang ( nak buh byk pon takpe)
2. Bawang putih 2 ulas dimayang
3. Halia 1/2 inchi dimayang
4. Rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, dll)
5. Carrot satu batang 
6. Ubi kentang 2 biji
7. Beras - 3 pot
8. Rempah briyani (nak sedap brand Iman)
9. Tomato kecil satu biji - dipotong dadu
10. Ayam - 4@5 ketul ( nak byk pon takpe..atau nak tukar ngan daging pon takpe..)
11. Buah keras ditumbuk campur sekali ngan rempah briyani
12. Kiub ayam satu hancurkan campur sekali ngan rempah briyani
13. Garam dan gula secukup rasa (campurkan sekali ngan rempah briyani)

Cara-cara masak
1. Panaskan minyak..tumis bawang merah, bawang putih dan halia..masukkan lagi rempah ratus..then, masukkan rempah briyani yang telah dicampur ngan buah keras, kiub ayam, garam dan gula..masukkan tomato yang dipotong dadu..

2. Masukkan carrot, ubi kentang, beras, ayam..gaul sebati..then last sekali masukkan air 4 pot..tutup periuk dan set mase 7 minit..lepas 7 minit sedia utk di makan..yummyy!!

3. Utk pengetahuan semua..nasi briyani ni aku masak pakai pressure cooker..so, cepatlah masaknya..sebab tu kata tadi 7 minit jer..hehe..

Kepada sape2 yang ada pressure cooker blh try masak resepi nasi briyani ni..tapi rasanya kalau periuk biasa pon boleh kot...cuma kalau periuk biasa aku tak reti..hahaha...

Selamat mencuba!!

Thursday, July 11, 2013

Amalan bersahur untuk ibu menyusu

As salam...

Alhamdulillah..hari ni masuk hari kedua kita berpuasa..Alhamdulillah..aku masih mampu berpuasa ngan sehat dan bertenaga walaupon breastfeeding..yaahhh...ganbarou!!

Kali ni kali kedua aku berpuasa sebagai ibu yang masih menyusu bayi..rasa amat berat tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..mase awal2 pengalaman menyusu sambil berpuasa dulu agak takut2..macam tak yakin aku boleh berpuasa..sebab takut production susu merudum..tapi Alhamdulillah..aku amalkan makan kurma 3 biji mase bersahur..waktu sahur pon aku tak skip..mesti makan nasik..lauk mesti ade lauk ikan, ayam atau telur utk sumber protein..dan air masak mesti 3 gelas..kalau larat 4 gelas..plus ngan supplement..

Ini antara amalan aku bersahur ketika aku masih lagi breastfeed..mase mengandung juga aku amalkan makan sahur macam ni..utk tenaga dan elakkan lapar ketika berpuasa..haha..

Kalau bangun lambat utk sahur aku minum bancuhan positrim campur protein dan kurma 3 biji..kalau sempat minum air 3 gelas..dan supplement..Alhamdulillah..Allah bagi kekuatan utk berpuasa sampai petang..masih lagi bertenaga balik keje utk masak juadah berbuka..

Arabian Dates

Kurma pon aku tgk jugak..kalau yg manis sangat aku makan sebijik jer..tapi sejak jumpa kurma Arabian Dates ni memang suka sangat sebab dia tak manis sangat..rasa lemak tapi tak berapa manis..tu yang boleh makan sampai 3 biji..haha..(aku tak makan manis2..) Kurma ni dari Arab Saudi..jenis Khidry..dah dua tahun setiap kali puasa mmg beli kurma ni..tak cari lain dah..

isi pon tak besar dan tak kecik..sedang2 jer..




Monday, May 13, 2013

Petua hilangkan kutu atas kepala

dah lama nak share tapi tak nyempat..haha..(selalu sangat dah wat alasan camtu..haha) sebenarnya last week aku baru tahu ada kutu kat atas kepala aku..patutla gatal semacam jer...aku ingatkan kelumumur ke ape...dah syampoo hari2 pon tetap gatal jgk..minggu lepas baru tahu yg atas kepala aku kutu dah bersarang byk....argghhh...stress....dah lama tak kena kutu nih...ingat2 zaman sekolah rendah dulu kena pon..tu pon mase darjah satu..haha...

check2 balik rupanya anak sulung aku aleesya..jangkit kutu dari nenek dia kat kampung..aritu aleesya ade ikut atuk bibah dia balik kampung kat Jitra..dia tido sekali ngan nenek dia..nenek dia plak ade kutu..aleesya plak jenis rambut byk..ape lagi..kutu sukala duduk..haha..

aku pon baru teringat ade org share ngan aku cemane nak settle masalah kutu ni..aku amikla pencuci pelbagai guna Liquid Organic Cleaner..(LOC) pakai buat syampoo..tuang sebesar duit 50 sen atas tangan then buat bagi buih..pastu letak kat kepala macam bersyampoo rambut..pastu jangan bilas..amik kain putih bungkus atas kepala..amik towel kecik pon takpe..bungkus rambut setgh jam..lepas setgh jam amik sikat..pastu sikat rambut.. kutu2 akan menggeletar jatuh..hahaha...aku terkejut sbb banyak gila ibu kutu yang jatuh...takut plak tgk...hahaha...ngan anak2 kutu sekali jatuh..waaaaargghhh...korang la yg duk hisap darah aku selama ni...sikat sampaila kutu tak jatuh dah..lepas tu pegi bilas rambut..nak syampoo ngan syampoo plak lepas tu pon takpe..tapi aku tak syampoo dah sbb pencuci tu sendiri dah bau wangi..haha..

jangan takut nak pakai atas kepala pencuci tu sebab pencuci tu organic..takde bahan kimia..dia diperbuat dari minyak kelapa sawit..mcmmane dia boleh bunuh kutu tu sebab dia bersifat antibakteria..kalau nak bunuh semut pon boleh (kalau tamau guna ridsect la..) aku lupa nak amik gamba hari tu..kalau tak dah boleh share kat sini..lenkali aku buat utk anak pompuan aku plak..skrang ni dia ade kat umah tok dia lagi..tunggu dia balik sini baru nak proses kutu kat kepala dia plak..haha...nanti aku amik gamba yang dia punya..