Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Kenapa Alfalfa sangat bagus?

As salam..

Kenapa Alfalfa dipercayai sangat bagus utk kesihatan kita? kenapa Alfalfa sangat memberi manfaat pada tubuh kita? pada mereka yang baru saja mengenali perkataan Alfalfa..Alfalfa adalah nama sejenis tumbuhan atau nama saintifiknya Medicago Sativa L. yang mengikut sejarah boleh di makan seluruh daun, tangkai, akar dan biji oleh manusia.
pokok Alfalfa
Antara separuh dari akar pokok Alfalfa
Alfalfa berasal dari bahasa arab terbahagi dua bahagian iaitu "Al" beerti Allah dan "falf" beerti ribuan kenikmatan dan manfaat atau orang Yunani kata "bapa dari segala makanan" kerana pokok Alfalfa hanya tumbuh renek ttetapi akarnya menjalar panjang hingga 30m ke dalam tanah yang mampu menyerap segala khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Tumbuhan Alfalfa mengandungi 60 nutrients iaitu kandungan protein di dlm Alfalfa adalah 18.9% dibandingkan dengan daging sapi iaitu 16.5%, 3.3% untuk susu dan 13.1% untuk telur. Alfalfa juga mengandungi khasiat kalsium yang sangat tinggi iaitu 14 kali ganda berbanding gandum. 

Antara vitamin dan mineral yang terdapat di dalam Alfalfa adalah vitamin A, Thiamin (vitamin B1), Riboflavin(vitamin B2), Niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, asid folic, kalsium, magnesium, fosforus, Zink dan Copper. Dengan segala khasiat yang ada di dalam Alfalfa tak heranla Alfalfa mampu memberi segala kebaikan kepada tubuh badan kita antaranya :

1. Bagus untuk membuang toksin di dalam tubuh.
2. meningkatkan jumlah sel darah merah
3. sebagai antioksidan
4. mencegah penyakit kanser
5. berfungsi sebagai antikolesterol
6. menggantikan sel yang rosak
7. melembutkan salur darah
8. membantu menurunkan kadar kolesterol
9. menurunkan tekanan darah tinggi
10. mengurangkan bahaya dari kesan merokok
11. mencegah radang sendi
12. mengurangi penyakit asthma
13. membantu melambatkan penuaan
14. meningkatkan sistem imun tubuh
15. mengubati anemia
16. membantu dalam keseimbangan hormon dan menopause 
17. membantu dalam sistem pecernaan dan penghadaman yang lebih baik.

Banyak lagi manfaat yang dapat diberikan Alfalfa pada tubuh badan manusia..selain itu, Alfalfa juga mengandungi kandungan klorofil yang tinggi iaitu 4 kali ganda tinggi berbanding sayuran hijau yang biasa. Klorofil adalah warna hijau yang terdapat di dalam Alfalfa yang memberi banyak khasiat kepada kita..antaranya : 

1. dapat meningkatkan sistem imun dan menjaga sel tubuh kita
2. mencegah cancer
3. menghalang dari sel cancer merebak
4. antioksidan

Sekarang Alfalfa di tanam secara meluas di Ladang Nutrilite, Lakeview, California..yang bestnya tanaman ini di tanam secara organik yang tidak menggunakan sedikit pon racun rumpai or baja nitrogen buatan.. Boleh rujuk SINI. Sekarang juga dah banyak syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang mengandungi khasiat Alfalfa yang dijual di Malaysia..tapi yang aku tahu cuma dua iaitu Nutrilite dan Shaklee.

produk Alfalfa Shaklee
Antara product Nutrilite yang mengandungi Alfalfa adalah :

 Daily
 (multivitamin dan multimineral - 11 vitamins dan 7 minerals)
Double X
 (multivitamin, multimineral dan phytonutrients - 12 vitamins, 9 minerals dan 17 phytonutrients)
Calcium & magnesium 
Alfalfa mmg diketahui sgt bermanfaat kepada manusia tetapi tidak semua orang dapat menikmati khasiatnya jika dia mengalami penyakit Talasemia dan SLE (Systemic Lupus Erythematosis). Tidak sesuai juga di makan oleh mereka yang sedang mengamalkan ubat Warfarin (ubat cairkan darah)..ubat yg biasa di makan oleh pesakit jantung utk cairkan darah..

Produk Nutrilite Daily memang aku duk amalkan sejak aku kawen..mase duk jepun lagi my MIL dah poskan bagi aku makan..mase tu tak tahu pon khasiat Daily tu utk apa..tahu makan jer..tu pon kadang2 skip jugak..hehe..tapi bila dah balik Malaysia..sorila nak skip2..MIL kita tu dulu nurse..sgt mementingkan kesihatan..so, nak tak nak mmg kena telan jugak..bila dah tahu preggy anak pertama mmg takleh tinggal dah sampai sekarang duk consume..lagi2 tengah breastfeed ni..sgt ngam ngan aku la!

Tapi bagi anda yang ingin nak consume apa2 produk kesihatan..pastikan anda betul2 mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar bidang tersebut..jgn percaya membuta tuli testimonial semata2..kalau boleh rajin2 la buat research sikit yer..:)





Monday, July 8, 2013

Puasa yang menyihatkan

As salam...

Waahhh...lamanya tak mengupdate blog..mengusha blog kawan2 pon tak sempat sejak2 masuk keje lepas leesya demam aritu..Alhamdulillah..Aleesya dah pon sehat walafiat..takde demam dan muntah2..adik ammar pon dah lega demam...berjalan tak benti sejak dapat kaki ni..haishh...penat mama!! haha..

Lagi satu hari tinggal nak masuk Ramadhan...betapa cepatnya mase berlalu..rasa baru jer bersalin kan adik ammar tahun lepas..(bersalin bulan puasa la katakan..haha) adik ammar tak lama lagi cukup setahun la..bila datang bulan puasa mesti lam kepala ramai org duk ingat bazar ramadhan kan?? bulan puasa bukan sekadar tahan lapar dan dahaga jer..bulan ni jugakla bulan yang patut kita amalkan amalan2 sunat banyak2..baca quran..sedekah..derma..zikir..semayang sunat...tarawih..hadiri majlis ilmu..sume pahala berganda2..hoho..tak sabar rasanya Ramadhan kali ni..

Aku bukan nak tazkirah pasal puasa kali ni..hehe..tapi aku cuma nak berkongsi tips2 bagaimana puasa yang menyihatkan...Persoalannya disini kenapa mesti kita puasa? dari segi sains..tujuan puasa adalah untuk merehatkan sistem percernaan badan kita..terutamanya perut..hampir setiap hari sepanjang 11 bulan perut tak berhenti bekerja..so, utk merehatkan perut..kita dituntut utk berpuasa..

Tapi rata2 orang kita..time puasa ni la perut takleh nak rehat..sebab? sebab mase berbuka terlampau banyak makan..orang puasa biasanya boleh slim dan kurus..tapi terbalik plak..ramai yang makin gemuk dan dapat banyak penyakit plak lepas puasa..teruk kan??

So, How to get puasa yang menyihatkan?

1. Kurangkan makan makanan yang bergoreng dan berminyak...sebab makanan yang bergoreng dan banyak minyak ni banyak lemak dan tinggi kolesterol..so, hadkan pengambilan ayam goreng, gulai or kari yg ade kuah santan banyak tu..sambal tumis yang minyak berlikat2 tu..

2. Banyakkan makan makanan yang direbus atau dikukus..sebab makanan yang direbus kurang minyak dan kurang lemak..cthnya moi sup, sup sayur, ikan bakar dll.

3. Pilih ikan atau ayam berbanding daging lembu or kambing sebab ikan dan ayam tinggi protein tetapi kurang kolesterol berbanding daging yang tinggi kolesterol walaupon tinggi protein..

4. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan..utk mendapat khasiat vitamin yang banyak sepanjang bulan Ramadhan.

5. Elakkan minum minuman yang berkafein dan berkarbonat spt kopi 3in1, teh, nescafe, coca cola dll..

6. Kurangkan makanan yang diproses seperti mcd, kfc dll..sebab makanan yang telahpon diproses tiada nutrien utk badan dan tinggi kolesterol.

7. Banyakkan makan makanan yang tinggi khasiat protein ketika bersahur sebab protein lambat dicernakan oleh perut so, kita akan lambat lapar dan protein juga memberi tenaga utk badan kita.

8. Amalkan pengambilan supplement untuk tenaga sepanjang berpuasa.

Selamat beramal!!


p/s : mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..Selamat berpuasa teman2!!





Monday, June 24, 2013

Jerebu di Penang!!

As salam..

Balik keje petang tadi aku sangat2 terkejut sebab tengok area kilang dah penuh ngan asap jerebu..sebelum keluar tu ade makcik cleaner dah pesan suh bawak kuar mask satu..standby..katanya kat luar dah jerebu teruk..aku amik mask satu letak lam poket..sajer utk standby..keluar je pintu utama..yer...memang betul katanya..jerebu teruk dah sampai ke penang!!
Kat tempat parking..
Pakai mask dulu!!
On the way balik..
Sama2 jaga kesihatan kita sekarang..jgn lupa banyakkan minum air..jgn banyakkan aktiviti di luar..ketika keluar jgn lupa pakai mask..penutup hidung..kalau boleh pakai sistem rawatan udara di rumah..supplement antioksidan jgn dilupa..:) Take care yer!!

REMINDER FROM THE HOLY QURAN :

Surah Ad-Dukhan (The Smoke) verse 10-12
 ' Then watch for the Day when the sky will bring a visible smoke. Covering the people; this is a painful torment. They will say, "Our Lord, remove from us the torment; indeed, we are believers."


Thursday, June 13, 2013

Breastfeeding tips

As salam..

Pagi tadi aku ade upload gamba susu yang baru aku pump utk sesi pertama..Alhamdulillah..hasil tetap macam biasa walaupon aku berpuasa hari ni..sepupu aku tanya apa aku makan utk banyakkan pengeluaran susu..

sesi pertama pumping pagi tadi..

Sebenarnya bagi aku susu ibu ni selagi permintaan banyak selagi itulah pengeluaran akan banyak..ianya bergantung pada permintaan..maksudnya..selagi kita rajin pump dan direct feeding..selagi itulah susu akan keluar..makin kerap kita pump..makin banyakla susu akan keluar..(betulkan kalau pemahaman aku salah..)

Faktor yang kedua..pemakanan yang sihat..seorang ibu menyusu mesti makan makanan yang berkhasiat..makanan yang tinggi khasiat protein..cthnya ikan, telur, ayam, daging (sumber haiwan) soya (sumber tumbuhan)..sebabnya protein ni menyokong dalam milk production..sebab tugas protein itu sendiri adalah build and repair sel..so, protein adalah sumber asas pada penghasilan susu..bukan protein saje yang penting..makanan yang kaya ngan khasiat vitamin B,C dan E juga perlu..contohnya kalau vitamin B kita boleh dpt dari beras perang, yis, dll..kalau vitamin C semestinya kita tahu sumber dari buah-buahan dan sayuran..kalau vitamin E plak dari kacang2..cth kacang walnut, dapat dari olive oil pon bagus gak..selain makanan yang kaya vitamin..mineral juga perlu..of course la calcium kan..sumber dari fresh milk..bukan susu kotak or watever susu yg ada di pasaran..susu yang betul2 kaya ngan calcium adalah fresh milk yang mahal tu..segelas lebih kurang rm 2.00 tu..hoho..

Actually aku pon bukannya totally makan sume2 menda yang aku tulis kat atas tu..tapi aku tak pernah skip makan..tiba time makan aku mesti makan..sebab kalau tak makan nanti mane nak dpt khasiat utk hasilkan susu kan...ade setengah orang tu takut nk makan sebab takut gemuk..memang aku akui ibu menyusu ni lapar dia macam time dia pregnant dulu..cepat lapar dan makan pon mesti banyak..haha..tapi aku pesan kat sini jgn la nak diet2 time menyusu ni..rasa nak makan..makan jer..sebab kita nak produce susu utk baby kita..nak bagitau kat sini..berat badan boleh turun tau kalau kita menyusu..mase menyusu anak kedua dulu..aku menyusu sampai 2 tahun..aku dapat blk berat badan asal 45kg..sekarang utk 3rd baby plak..masih lagi 50 kg sebab baby baru 10 bulan..nanti dia cukup 2 tahun insyaAllah aku akan dapat balik berat badan aku yg asal 45 kg..(tapi en.hubby kata berat skang dah ok..haha..so, maintain jela..)

Disebabkan aku tak mampu nak makan sepertimana yang aku cite kat atas tu..aku amik supplement..sebab bagi aku supplement boleh support mane2 khasiat yang tak cukup..cthnya protein..kita nak dpt 21g protein pon kita kena makan 8 slices roti sandwich..ataupon 3 biji telur..bayangkan nak kena makan 3 biji telur sekaligus lam satu mase utk dpt 21g protein punya pasal..so, alternatif lain aku amik protein powder..sekali minum terus dapat 16g protein..campo ngan makanan yang kita makan lagi..cukup la smpi 21g...macam vitamin jgk..B,C dan E pon aku amik supplement jgk..sebab aku tahu ape yang aku makan tak cukup khasiat utk hasilkan susu ibu..pastu susu plak aku tak minum..asal minum jer muntah...bau pon takleh..so, alternatif lain aku amik supplement calcium jgk..kalau tak tambah memang tulang makin mereput la jawabnya..haha..

Tapi jangan ingat kalau kita amik supplement susu boleh banyak..faktor yang ketiga bagi aku adalah minum air..minum air yang cukup setiap hari..air masak yer..bukan air milo, sirap or watever..sebaik2nya air masak..sebab badan kita ni 70% adalah air..tu badan org biasa..org biasa pon kena minum 2 liter air setiap hari..bayangkan kita ibu menyusu ni nak produce susu lagi utk baby..so, memang perlu lebih dari tu..ape yang aku amalkan..aku akan minum segelas air masak sebelum menyusu@pumping..dan minum lagi segelas air selepas menyusu@pumping..jgn tunggu sampai kita dahaga baru nak minum air..bila dahaga tu badan kita dah kurang air berapa peratus dah lam badan..aku lupa..aku pernah baca psl artikel ni..nanti aku balik cari..haha..

Selain tu kena keep on pumping kalau nak pengeluaran susu maintain..kalau rasa susu nak merudum tu kerapkan sesi pumping..dan kalau boleh pump pada waktu yang sama..contohnya macam aku buat aku pump 3 sesi..sesi satu kul 9 pg..sesi kedua kul 11.30 pagi..sesi ketiga kul 2@3 ptg..tapi kadang2 jadual pump berubah jugak sebab kalau ada meeting aritu aku kena ubah waktu pumping...contoh kalau meeting kul 2 ptg..aku akan pump selepas meeting..biasanya meeting 2 jam..habis tu kul 4 baru pegi pump..kalau meeting kul 3 plak aku akan pump kul 2.30 camtu...pandai2 la adjust...kena pandai cover gak sebab takut nanti kacau kita punya performance keje..setakat ni Alhamdulillah..walaupon kadang2 terskip jugak sesi pumping..direct meeting kalau ade kes tiba2..huhu..sabo jela..kalau rasa nak buat stok..pagi2 subuh tu bgn awal pumping dulu..time tu pengeluaran susu banyak..ataupon malam pon pump lagi..tapi aku tak pernah buat mcm ni..sebab susu yang duk pump 3 sesi ni pon memang dah sedia cukup malah lebih..Alhamdulillah..harap2 kali ni boleh menyusu lagi sampai 2 tahun..

Selain tu kita jangan stress waktu pumping..kena rileks..banyakkan zikir..time pumping tu ingat kat baby kita,..insyaAllah..susu akan keluar banyak..selalu pikir yang susu kita akan cukup utk baby..think positive!! kena enjoy baru seronok..;)

Semua tips yang aku bagi ni berdasarkan pengalaman aku..kalau korang rasa nak ikut silakan..aku hanya berkongsi pengalaman..kepada ibu2 menyusu..keep on pumping n enjoy ur pumping session..haha..


Monday, March 4, 2013

Coxsackie Virus (Hand,foot and mouth disease)

Assalamualaikum..

hari ni dah masuk hari ke 5 aku tak masuk keje..sejak last week dah amik 2 hari unpaid leave (maklumlah tak confirm lg) dan 2 hari doktor kasi MC..termasuk hari ni ngan esok doktor kasi lagi MC 2 hari..dengar cuti lama mmg best tapi sgt tak best sbb si anakanda kecik telah confirm dpt penyakit kaki, tangan dan mulut..

minggu lepas ingatkan adik ammar demam biasa..dua hari demam tak kebah2..hari pertama tak nampak apa2 bintik lagi..cuma dia tak lalu nak makan..minum susu pon skit2 jer...risau mama..ingatkan demam nak boleh berdiri ke apa..pegi check pakar kanak2..baru tahu rupanya adik ammar dijangkiti virus Coxsackie..(hand,foot and mouth disease)..mula2 agak susah nak percaya..siap boleh cakap lagi kat doktor.."campak kot ni doktor..biji2 camni.." dua kali doktor cakap.."sy rasa anak awak kena jangkitan virus coxsackie.." 
esoknya dtg check lagi mmg sah kena jangkitan tu..

doktor cakap :

1. jangan hantar nursery..nanti jangkit pada kanak2 lain..(bila dah ade 3 orang yg kena jangkitan ni..nursery tu akan ditutup)
2. pastikan dia minum air yg banyak..jgn bagi badan dia dehydration (kehilangan byk air)
3. jangan tidur dan main bersama kakak dan abgnya..

aku pening mcmmane adik ammar boleh kena virus ni..abah dia pon tak puas hati..tanya byk jgk pada doktor..doktor kata ini virus..mcm virus H1N1..virus sentiasa ada di mana2..dan virus ni tak menyerang orang dewasa..biasanya menyerang kanak2 yg berumur 10 tahun ke bawah..(aku dah pandang 2 lagi anak2 aku tu..) budak berdua tu baru 6 ngan 3 tahun..mmg risiko besar boleh jangkit..

biasanya virus ni ada di tempat yg sesak..cth kenduri, pasaraya, tadika, nursery,tempat2 awam yg ramai org..rasanya adik ammar tak dibawa ke kenduri mana2 sejak abah dia sibuk berkerja..nak kata nursery bukan jgk sbb adik ammar di hantar di rumah pengasuh..(tapi boleh jadi jgk sbb rumah makcik tu ramai bdk2..cucu2 dia pon ade 6 orang..anak2 yg duk sekali ngan dia pon ramai jgk aku tgk..maybe dari situ dia dpt virus tu..) dan boleh jadi jgk tempat persekitaran yg kotor..sbb cara jangkitan dia melalui najis, air liur dan lelehan dari penyakit tu sendiri..

tanda2 awal jangkitan ni :

1. demam 2,3 hari tak kebah2..
2. kurang selera makan
3. naik bintik2 merah pada kaki, tgn dan sekitar mulut.
4. penat dan tak bermaya

jangkitan berterusan dgn naik bintik2 merah (mcm campak besar) makin byk sekitar kaki,tapak kaki, tangan dan tapak tangan, mulut... langsung tamau makan..biasanya jangkitan ni akan hilang selepas 10 hari..takde vaksin utk virus ni..cuma ada pencegahan shj..

pastikan dia minum air..walaupon skit tapi kerapkan bagi air dan makan..

hari ni dah masuk hari ke-6 adik ammar dikuarantin dari kakak dan abgnya..mama pon dah naik rindu ngan leesya dan mirul..huhu..lama tak jumpa..Alhamdulillah..bintik2 dia pon dah mengering..nanti 2,3 hari adik ammar akan pulih sepenuhnya..semlm pon dah cergas main tak benti..sebenarnya sejak hari ke 4 lagi dia dah cergas..demam dah kebah..cuma nak tunggu bintik2 merah tu kering jer..Alhamdulillah syukur adik ammar cepat pulih berkat dari susu ibu..dengar dari kawan anaknya pernah kena jgk..tapi amik masa 14 hari utk sembuh..kenapa lama sbb dia minum susu formula..dan dia sendiri mengakui yg susu ibu boleh cepatkan proses penyembuhan tu..Alhamdulillah...

kaki adik ammar - bintik2 merah dh mula mengering..seb baik tak tinggal parut doktor kata..hehe..


Get well soon dear!

P/s : abah sempat lagi buat lawak ngan doktor.."kalau sorang kena amik mase 10 hari nak sembuh..anak sy 3 orang, kalau kena tiga2 sebulan la cuti.." haha..doktor pon boleh tergelak!

Monday, August 30, 2010

demam dah ok~

Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah..Aleesya baru shj sembuh dari demam..cuma skang ade batuk lagi...selsema pon tak berapa dah...risau mama sampai tak tido mlm..badan panas sgt..kepala lagi la panas..terpaksa la abah kuar kul 2,3 pagi carik ubat utk leesya...terpaksa pakai ubat yg masuk buntut tu...

tapi yg herannya..bila siang hari je demam leesya kurang dah...tak berapa nak demam..badan panas jugak..tapi takde la panas cam mlm2...siang hari walaupon badan panas..aleesya tetap ligat bermain cam biasa...4 hari mama amik cuti utk jaga leesya dan adik di rumah..

baru hari ni mama start keje blk...ikutkan hati malas je nak keje..sbb dah lama sgt cuti aritu..hehehe...

aleesya pon menangis betul2 bila anta kat nursery tadi sbb cuti lama sgt duk rumah..home sweet home~ hrmmm...








Lilypie Third Birthday tickers