Monday, March 4, 2013

Coxsackie Virus (Hand,foot and mouth disease)

Assalamualaikum..

hari ni dah masuk hari ke 5 aku tak masuk keje..sejak last week dah amik 2 hari unpaid leave (maklumlah tak confirm lg) dan 2 hari doktor kasi MC..termasuk hari ni ngan esok doktor kasi lagi MC 2 hari..dengar cuti lama mmg best tapi sgt tak best sbb si anakanda kecik telah confirm dpt penyakit kaki, tangan dan mulut..

minggu lepas ingatkan adik ammar demam biasa..dua hari demam tak kebah2..hari pertama tak nampak apa2 bintik lagi..cuma dia tak lalu nak makan..minum susu pon skit2 jer...risau mama..ingatkan demam nak boleh berdiri ke apa..pegi check pakar kanak2..baru tahu rupanya adik ammar dijangkiti virus Coxsackie..(hand,foot and mouth disease)..mula2 agak susah nak percaya..siap boleh cakap lagi kat doktor.."campak kot ni doktor..biji2 camni.." dua kali doktor cakap.."sy rasa anak awak kena jangkitan virus coxsackie.." 
esoknya dtg check lagi mmg sah kena jangkitan tu..

doktor cakap :

1. jangan hantar nursery..nanti jangkit pada kanak2 lain..(bila dah ade 3 orang yg kena jangkitan ni..nursery tu akan ditutup)
2. pastikan dia minum air yg banyak..jgn bagi badan dia dehydration (kehilangan byk air)
3. jangan tidur dan main bersama kakak dan abgnya..

aku pening mcmmane adik ammar boleh kena virus ni..abah dia pon tak puas hati..tanya byk jgk pada doktor..doktor kata ini virus..mcm virus H1N1..virus sentiasa ada di mana2..dan virus ni tak menyerang orang dewasa..biasanya menyerang kanak2 yg berumur 10 tahun ke bawah..(aku dah pandang 2 lagi anak2 aku tu..) budak berdua tu baru 6 ngan 3 tahun..mmg risiko besar boleh jangkit..

biasanya virus ni ada di tempat yg sesak..cth kenduri, pasaraya, tadika, nursery,tempat2 awam yg ramai org..rasanya adik ammar tak dibawa ke kenduri mana2 sejak abah dia sibuk berkerja..nak kata nursery bukan jgk sbb adik ammar di hantar di rumah pengasuh..(tapi boleh jadi jgk sbb rumah makcik tu ramai bdk2..cucu2 dia pon ade 6 orang..anak2 yg duk sekali ngan dia pon ramai jgk aku tgk..maybe dari situ dia dpt virus tu..) dan boleh jadi jgk tempat persekitaran yg kotor..sbb cara jangkitan dia melalui najis, air liur dan lelehan dari penyakit tu sendiri..

tanda2 awal jangkitan ni :

1. demam 2,3 hari tak kebah2..
2. kurang selera makan
3. naik bintik2 merah pada kaki, tgn dan sekitar mulut.
4. penat dan tak bermaya

jangkitan berterusan dgn naik bintik2 merah (mcm campak besar) makin byk sekitar kaki,tapak kaki, tangan dan tapak tangan, mulut... langsung tamau makan..biasanya jangkitan ni akan hilang selepas 10 hari..takde vaksin utk virus ni..cuma ada pencegahan shj..

pastikan dia minum air..walaupon skit tapi kerapkan bagi air dan makan..

hari ni dah masuk hari ke-6 adik ammar dikuarantin dari kakak dan abgnya..mama pon dah naik rindu ngan leesya dan mirul..huhu..lama tak jumpa..Alhamdulillah..bintik2 dia pon dah mengering..nanti 2,3 hari adik ammar akan pulih sepenuhnya..semlm pon dah cergas main tak benti..sebenarnya sejak hari ke 4 lagi dia dah cergas..demam dah kebah..cuma nak tunggu bintik2 merah tu kering jer..Alhamdulillah syukur adik ammar cepat pulih berkat dari susu ibu..dengar dari kawan anaknya pernah kena jgk..tapi amik masa 14 hari utk sembuh..kenapa lama sbb dia minum susu formula..dan dia sendiri mengakui yg susu ibu boleh cepatkan proses penyembuhan tu..Alhamdulillah...

kaki adik ammar - bintik2 merah dh mula mengering..seb baik tak tinggal parut doktor kata..hehe..


Get well soon dear!

P/s : abah sempat lagi buat lawak ngan doktor.."kalau sorang kena amik mase 10 hari nak sembuh..anak sy 3 orang, kalau kena tiga2 sebulan la cuti.." haha..doktor pon boleh tergelak!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment or suggest..TQ :)