Showing posts with label Souvenir. Show all posts
Showing posts with label Souvenir. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Jom Menderma Organ

As salam..

Hari ni ada program menderma darah kat tempat kerja...aku pon menempek jugak walaupon tahu mmg tak layak langsung utk menderma darah..haha..kalau breastfeed mmg tak layak utk menderma..so, tgk orang jela..

Berkali2 tanya nurse.."Boleh tak kalau nak check HB darah jer?"

Nurse pon dah naik malas nak layan soklan aku tu..haha..

Tapi satu perkara yang menarik perhatian aku..

"MENDERMA ORGAN"

Tadi ade kaunter jugak utk menderma organ..banyak risalah yang diaorg bagi..mcm berminat jugak aku utk menderma organ..baca lam risalah dia tu hukum menderma organ adalah HARUS sebab kita berniat utk menyelamatkan nyawa manusia lain..kira macam bersedekah juga..

Sembang2 ngan nurse yang jaga kaunter tu..derma organ ni kita boleh register..cuma kena maklumkan pada ahli keluarga..kalau ahli keluarga tak setuju takleh jugak..nurse cakap ada satu kes dulu..kawan ni pernah register utk derma organ..suami dia pon mmg setuju tindakan dia tu..tapi bila tiba harinya..mak kepada kawan ni tak setuju plak..so, mmg diaorg takkan amik apa2 sebab diaorg tanak hubungan suami ngan mak mertua tak elok..so, sebelum register kena bincang ngan semua jugak..bukan suami sahaja..mak ayah, adik beradik pon kena bincang..

Aku sebenarnya pon macam berminat..but i need to discuss with my hubby and family first..baru boleh anta borang..Actually borang dah amik tadi..tapi belum isi..hihi..


Sebenarnya sape2 yang register hari ni akan dapat key chain..tapi aku special plak..baru amik borang dah boleh dapat key chain..Alhamdulillah..:)


Info lanjut boleh rujuk SINI





Thursday, October 3, 2013

Jagariko from Japan

As salam..

Sepatutnya cite ni dah lama nak kena publish..tapi baru hari ni berkesempatan bercerita pasalnya..sebenarnya last week teman sekerja aku (budak jepun) balik Jepun utk apply visa..sebab dah kehabisan tempoh visa..so, dia kena balik Jepun dua minggu utk settlekan sume tu..

Aku pon gatai la pi mintak ngan dia kopok dari Jepun..Jagariko..kopok ni mmg aku duk gila makan mase study kat Jepun dulu..mmg makanan wajib ada la kat umah tu..haha..tak sangka plak dia setuju jer nak belikan utk aku..

Tapi bukan takat Jagariko jer yang dia belikan..siap ngan coklat macadamia ngan almond lagi dia belikan..hoho..aku plak tu yang dpt coklat paling banyak..jagariko tu tiga perisa yang dia belikan..lagi dua aku bagi kat dua org engineer..bagi diaorg rasa..hihi..

lam bekas hijau tu jagariko..yang lain coklat..
Sebenarnya mamat jepun ni tahu cakap bahasa melayu sikit2..tapi malangnya sume bahasa melayu yg tak baik diaorg ajarkan kat dia..bukan aku yg ajar ok..haha..dah la bahasa melayu loghat utara yang budak2 ni duk ajar dia..kesian mamat tu..ikut jer apa yg budak2 ni duk ajar dia..(aku tak ajar ok..aku tolong translate bagi jer..haha..)

Tengok bahasa yang dia guna...haha..
Lain2 perkataan yang selalu dia guna..

1. Saya penat
2. Saya mau pulang
3. Ampunkan saya
4. Terima kasih dan salam
5. Gila ka apa?
6. Hang toya
7. Hang gelong
8. Dalam hati ada taman
9. Sedap
10. Apa khabar?

Banyak lagi perkataan yang dia tahu..aku pon dah lupa..haha..



Friday, September 20, 2013

Bila namanya rezeki..terima kasih..

As salam..

Hari ni pagi2 lagi orang dah panggil ke loker dia..ade kawan aku baru balik dari Sabah..nak bagi souvenir katanya..ini dia souvenir dari Sabah..mutiara sabah yang cantik!!


Lagi satu souvenir dari Melaka..key chain kebaya comel!!

tambah collection key chain!!

p/s : terima kasih kawan di atas pemberian...orang yang memberi tiada blog..so tiada nama yang ditulis..haha..