Thursday, November 14, 2013

Jom Menderma Organ

As salam..

Hari ni ada program menderma darah kat tempat kerja...aku pon menempek jugak walaupon tahu mmg tak layak langsung utk menderma darah..haha..kalau breastfeed mmg tak layak utk menderma..so, tgk orang jela..

Berkali2 tanya nurse.."Boleh tak kalau nak check HB darah jer?"

Nurse pon dah naik malas nak layan soklan aku tu..haha..

Tapi satu perkara yang menarik perhatian aku..

"MENDERMA ORGAN"

Tadi ade kaunter jugak utk menderma organ..banyak risalah yang diaorg bagi..mcm berminat jugak aku utk menderma organ..baca lam risalah dia tu hukum menderma organ adalah HARUS sebab kita berniat utk menyelamatkan nyawa manusia lain..kira macam bersedekah juga..

Sembang2 ngan nurse yang jaga kaunter tu..derma organ ni kita boleh register..cuma kena maklumkan pada ahli keluarga..kalau ahli keluarga tak setuju takleh jugak..nurse cakap ada satu kes dulu..kawan ni pernah register utk derma organ..suami dia pon mmg setuju tindakan dia tu..tapi bila tiba harinya..mak kepada kawan ni tak setuju plak..so, mmg diaorg takkan amik apa2 sebab diaorg tanak hubungan suami ngan mak mertua tak elok..so, sebelum register kena bincang ngan semua jugak..bukan suami sahaja..mak ayah, adik beradik pon kena bincang..

Aku sebenarnya pon macam berminat..but i need to discuss with my hubby and family first..baru boleh anta borang..Actually borang dah amik tadi..tapi belum isi..hihi..


Sebenarnya sape2 yang register hari ni akan dapat key chain..tapi aku special plak..baru amik borang dah boleh dapat key chain..Alhamdulillah..:)


Info lanjut boleh rujuk SINI





10 comments:

  1. tb derma darah ok la n selalu gak tp organ belum lg..ade yg ckp kne daftar dulu kn?

    ReplyDelete
  2. salam,,
    saya pun dah daftar sebgai penderma orgen..
    baru je.. tahun lepas..
    dapat keychain yg sama gak :)

    ReplyDelete
  3. Derma darah itu biasa tapi derma organ belum lagi...

    ReplyDelete
  4. sy kurangfaham sikit sebenarnya dgn konsep derma organ ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. as salam. mmg ada niat utk buat kebaikan begini. tapi mesti perlu berbincang dengan keluarga dulukan. supaya mereka tahu niat kita ini.
    in sha Allah

    ReplyDelete
  6. lieya takp enah ade pengalaman derma darah....lg pun selalu kurang HB so mesti otomatik tak layak heheheeh

    ReplyDelete
  7. Kakak derma darah pun tak takut, nak derma organ pun tak berani (eh.. samalah tu) wala sebenarnnya masa tu dah mati. Entahlah... kakak ni hatinya kecik agaknyalah..

    ReplyDelete
  8. eh... lupa pulak. keychain tu cantiklah:)

    ReplyDelete
  9. Ros tak ada pengalaman derma darah.

    ReplyDelete
  10. derma darah pun deqla x penah tau.. sbb x sesuai.. berat x cukup normal.. hihi...

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)