Showing posts with label skin care. Show all posts
Showing posts with label skin care. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Lotion favourite~

As salam...

Lotion favorite
Lotion feberet sejak bersalin anak pertama dulu..Lotion yang dibuat dari gliserin dan madu lebah..mmg sgt sesuai utk kulit baby..MIL belikan utk kak Leesya..sapu seluruh badan mase lam pantang...selalu duk sapu badan dia ngan tangan2 aku sekali lembut..sejak hari tu aku mmg terus jatuh cinta ngan lotion ni..dah la bau wangi..tak melekit plak tu..pakai sikit jer..ini adalah botol ketiga sejak dapat anak pertama dulu..lambat noo nak habis..

Lepas mandi je sapu seluruh badan..mmg kulit akan jadi lembut..sapu kerap pon takpe..aku duk saje2 pon boleh sapu..sebab dia cepat menyerap dan tak melekit...mmg tak nyesal la beli..en hubby pon makin sayang jer..ecececece...


Wednesday, October 23, 2013

Artistry jugak yang terbaik!!

As salam..

Pepagi dah bukak page Yahoo konon nak check email..sekali sangkut sekejap kat tajuk News " Japan whitening creams spark 15,000 complaints." Ohhh...produk Japan ni..cepat2 klik...

Rupa-rupanya produk Kanebo yang terkenal jugak di Jepun..mereka mendapat lebih kurang 15k complain dari pengguna 54 produk yang mengandungi whitening chemical "Rhododenol". Ramai pengguna yang complain kata skin tone berubah lepas pakai whitening cream..

So, syarikat Kanebo dah tarik balik berjuta produk yang affected dari seluruh negara termasuk Britain..Biasanya whitening chemical "Rhododenol" ni dikenali sebagai 4-(4-hydroxyphenyl)-2-butanone. Tak sangka company besar kat Jepun pon guna chemical jugak utk cosmetic..haha..(konon2 percaya yang orang Jepun ni jujur lam buat produk kecantikan..)

So, kawan2..hati2 bila memilih skin care products..jangan percaya bulat2 pada iklan..kalau boleh rajin2 la buat research..:)

Satu yang menarik perhatian aku..bila company tu cakap camni..

Susah nak jumpa company yang sanggup bayar customer dia..lagi tak mengaku ada la..haha..

P/s : Apepon..Artistry jugak yang terbaik!! :)


Tuesday, April 23, 2013

beauty skin is healthy skin..

Beauty skin is healthy skin? bagi aku YES! mmg tepat..aku masih ingat waktu mengikuti kursus asas kecantikan kulit anjuran Yaya Beauty House kat Nilai, N9..tenaga pengajar tu namanya Kak Yah..(Kak Rukayah) walaupon dia dah berumur tapi still nampak muda..pengalaman dalam bidang kecantikan dah hampir 10 tahun..dia yang banyak sharing pasal kesihatan dan kecantikan kulit..so, disini rasanya aku nak share apa yang aku belajar dari dia..

Untuk hidup kulit juga memerlukan makanan, minuman dan udara macam benda hidup yang lain jugak..Ramai antara kita tak sedar pon yang kulit bahagian muka kita amat perlukan makanan, minuman dan udara yang mencukupi bagi mendapat kulit yang cantik dan sihat..because beauty skin is healthy skin! jangan terlalu ghairah utk cantik sampai lupa keperluan asas utk kulit kita..

Kulit hidup dan tumbuh dari dalam ke luar..jadi kita perlu memberikan keperluan asas dari dalam ke luar jugak..ini bermakna makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk menjamin kulit yang sihat..Kita perlu banyak mengambil makanan yang kaya ngan sumber protein cthnya ikan, daging, soya, telur dll supaya kulit mendapat makanan utk pertumbuhan sel yang sihat dan mengaktifkan kolagen supaya kulit sentiasa anjal..Jika dari dalam kita berikan khasiat protein utk kulit..dari luar juga kita perlu berikan khasiat utk kulit..khasiat dari luaran adalah produk skin care yang semulajadi dan bebas dari bahan kimia dan alkohol..

selain makanan, kulit juga perlukan minuman utk hidup..kita dinasihatkan utk minum air 8 gelas sehari..tahu tak sebenarnya keperluan 8 gelas air setiap hari tu utk mereka yang berat badan kurang dari 25kg..Jika berat badan kita antara 25~50kg..kita dinasihatkan utk minum air 2 botol besar mineral water setiap hari..dan kalau berat badan 50~75kg..kita perlu minum 3 botol besar mineral water setiap hari..baru kita dapat kulit yang sihat!!! Katanya kalau dari dalam kulit perlukan air..dari luaran juga kulit perlukan air..iaitu pelembap supaya kulit sentiasa lembap dan tak kering..barula dapat kulit yang sihat dan cantik~

Tahu tak bila kulit kita bernafas?? kulit kita bernafas ketika kita berpeluh..kulit juga perlukan oksigen macam kita..cuba bayangkan kalau liang-liang kulit kita tertutup dan tersumbat..mcmmane kulit kita nak bernafas kan?? Liang2 kulit kita boleh tersumbat ngan pemakaian make up..makanan berminyak yang kita makan hari2..radikal bebas (cahaya matahari, habuk, asap, ubat-ubatan, stress dll) Jika kita tak jaga dan biarkan liang kulit tersumbat..sebenarnya kita sendiri yang buatkan sel kulit kita mati dan sekaligus percepatkan proses penuaan...kan? pastu kalutla kata makin tua..sebenarnya diri sendiri yang tak jaga kulit..huhu...

So, sentiasa sayangi kulit kita dgn memberi keperluan asas kepada kulit kita setiap hari supaya kita tak tua sebelum usia..

aku share setakat ni je dulu..praktikkan dgn memberi keperluan asas pada kulit..nanti aku bagi tips2 lain plak..peace!

P/s : credit to Kak Yah..