Tuesday, September 30, 2014

Maafkan aku...

As salam...

Sebenarnya hari ni adalah hari last aku bekerja...esok dh mula rutin harian suri rumah seperti biasa..kenapa tiba2 berhenti ni?? Banyak sebabnya...nantilah aku citer...feeling nk citer tu x sampai lagi...haha..

Sebenarnya nk tunggu peperiksaan UPSR habis dulu baru nk bagitau guru besar tentang hajat aku nk benti ni..tapi bila dpt tahu UPSR habis 9 hb 10 nanti...aku tak dpt tunggu dah...terpaksa aku menyuarakan hasrat pada guru PK 1 pada hari Ahad aritu...hampir mengalir jugakla air mata aku menceritakan segala sebab musibab aku terpaksa berhenti...dan seperti yg aku jangka...PK 1 sangat terkejut dgn keputusan aku..berat hatinya nak setuju dgn permintaan aku..tapi keputusan aku dah nekad..dia pon xleh halang..

Aku bagitau guru PK 1 dulu time tu sebab guru besar ke bilik kebal untuk ambil soalan UPSR..so, aku amanahkan pada guru PK 1 untuk sampaikan hajat aku pada guru besar..

Petang tu ada mesyuarat guru-guru mengenai kokurikulum..aku macam biasa akan join sekali..PK 1 masuk bagi hint kat aku yang dia belum bagitau guru besar...adehh...aku dh neves ni...cemane la reaksi guru besar nanti...

Semasa mesyuarat...banyak plan guru besar nk buat yg byk melibatkan aku..aku dh tak senang duduk...mcm2 dia nk buat...carta organisasi sekolah, gambar setiap kelas, gambar guru, majalah sekolah..mcm2 lagila...aku angguk jer time tu...

Elok habis mesyuarat aku nampak PK 1 ada sedikit perbincangan dgn guru besar...aku agak diaorg bincang pasal aku..aku buat2 tak dengar sambil kemas brg2 aku nk balik..sebab dh pukul lima time tu...

Aku siap tutup sume suis...kunci bilik makmal, baru nk pegi punch card..guru besar panggil aku duduk bawah pondok..katanya nak bincang sesuatu...Erk! Mesti PK 1 dah sampaikan hajat aku..

Tak sempat aku duduk lagi...dia dah tanya...betul ke apa yang saya dengar ni? 
Gulpp! Aku telan air liur...terasa berat untuk bagitau dia yg aku nak berhenti..aku cuma angguk..tiada sepatah perkataan yang keluar..huhu..

Dia bertanya lagi...lagi...dan lagi...sehingga aku tak dapat menahan air mata..first time menangis di hadapan seorang lelaki yang bukan suami aku...bukan menangis sikit2..ni menangis sampai tersedu-sedu! oh God!!

Aku luahkan segala yang terbuku..berat hati guru besar untuk benarkan aku melepaskan jawatan sekarang..dia suh aku balik berbincang lagi sekali ngan en hubby...aku mengiakan jer...

Dekat setengah jam sesi kaunseling tu berlaku...lewat setengah jam aku punch card..tak pernah2 balik lambat...tetiba hari tu boleh lmbt plak...bukan boleh claim OT pon..haha..

Esoknya (semalam la..) tetiba aku mendapat kunjungan daripada seorang teman..kawan sekerja guru besar di PPD Kulim..datang berborak dgn aku..mungkin guru besar tak reti nak pujuk aku supaya jgn benti..so, dia mintak kawan baik dia datang pujuk aku..hihi..aku anggap dia seorang kakak sebab dia dai dai senpai (senior batch ke berapa tak tahu dah..haha..)..seorang nihonsotsu( graduate dari Jepun jgk)..kami berborak panjang..dari isu keja..sampai la kepada isu bisnes online..hahaha...

Tapi keputusan aku untuk berhenti dah pon dibuat..aku tetap juga menghantar surat notis berhenti kerja petang tu..dan sungguh aku rasa terharu bila guru besar pesan pada aku..

" Kalau tiba-tiba awak rasa berubah fikiran nak datang keje balik..datang la..saya terima.."

Hampir berderai air mata aku...tapi aku cuba kontrol..tamau dah nangis depan dia!!


 


Sempat menjenguk bunga dua kuntum..

As salam...

Seriously aku lupa langsung nak post entry pasal ni..gambar dah ada lama lam drafts..hari ni baru perasan aku belum post lagi..adooyaii...citer agak basi jugak la..tapi aku tetap nak citer jugak..dah alang2 gambarnya memang aku dah buh sesiap lam ni..

Citernya takde la penting sangat pon..cuma nak bagitau korang yang aku sempat pegi menjenguk kawan baik aku RaiOurkizuna yang baru saje melahirkan anaknya yang no 4..kebetulan mase tu aku dah ke Putrajaya untuk interview..terus aku singgah jenguk mereka..kalau ke KL tak singgah rumah mereka memang tak sah..haha..

Bunga dua kuntum..
Senyum meleret kakak Damia dapat adik...lagi2 dapat adik perempuan..memang impian dia sejak dulu kan..aku mintak nak bawak balik pon tak kasi..katanya nanti dia takde kawan..haha..pandai cakap tuh!

Tahu tak apa reaksi Aleesya bila aku bagitau Aqil dapat adik perempuan baru...

" Mama, bila plak Aleesya nak dapat adik pompuan macam Aqil? "

Hahaha...sabo dulu nak..kasi mama rileks2 dulu..tiga pon dah tak terkejar mama..apetah lagi empat..! 

Anyway, tahniah buat kawan kita Rai..dapat baby baru..moga dapat suaikan diri ngan anak empat..hahaha...nanti aku cilok tips dari ko plak k!








Monday, September 29, 2014

Senarai pemenang dan hadiah untuk GA Merdeka mama kaori

As salam..

Alhamdulillah...setelah 4 hari berakhirnya GA Merdeka mama kaori..kami telah pon membuat pilihan untuk memberi hadiah kepada semua peserta..ini sebagai penghargaan di atas kesudian rakan-rakan blogger yang support blog mama kaori dan juga our sponsor iaitu Ourkizuna dan Cheqart..:) TQ so much pada semua!!

Ok, masa yang ditunggu-tunggu..aku tahu semua orang tak sabar menunggu result GA ni kan? hihi...Di sini aku senaraikan nama-nama blogger yang bertuah yang akan menerima hadiah..

Senarai pemenang dan hadiah memasing..

1. Shawl - Bunda a.k.a KN
2. Wide Shawl - PetakBunga
3. Halfmoon - LYAfrina
4. T shirt Modenas - Izzeyda
5. T shirt Modenas - Zee Suhaini
6. Miso Set - CikSiti
7. Miso Set - CikAnem
8. Serban - Kak Zakie
9. Tudung kanak-kanak - Diana Rashid
10. Jubah kanak2 lelaki - NorNazliana
11. Kerongsang Homemade - CT Humairah
12. Kerongsang Homemade - Amy J
13. T shirt Merdeka 57 (putih) - Maidatul
14. T shirt Merdeka 57 (hitam) - Pha Is

5 hadiah tambahan..

15. Key chain - Saniah Ibrahim
16. Key chain - Fadhil Eda
17. Key chain - Loh Linda
18. Voucher - Ros_reeza
19. Voucher - Mrs Velentine

Tahniah kepada semua pemenang..kepada blogger-blogger yang namanya tersenarai di atas sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NO.PHONE DAN HADIAH YG DIMENANGI kepada mama kaori di sini >> shilasams@yahoo.com..kalau nak senang boleh juga wassap kepada no ini.. 017-4597562 sebelum pukul 12 malam 30hb Sept 2014.

Segala keputusan pengadil adalah muktamad..harap semuanya berpuas hati dengan hadiah memasing...jangan risau..nanti aku akan anjurkan lagi Giveaway..kita tungguuuu~



Sunday, September 28, 2014

Pengalaman berkursus di Hotel Eagle Bay, Langkawi

As salam...

Kursus di Langkawi tempoh hari kat Hotel Eagle Bay, Langkawi..nama aku terpilih kali ni sebab sejak masuk keje ngan gomen ni belum pernah pegi kursus lagi...tu yg nama terlekat sekali..

Sampai kat hotel lam kul 12 tghhari..aku dan sorang lg teman terus check in..kul 12.30 kami keluar cari makan tgh hari..masing2 perut dah lapar..setel bab makan kami singgah kat kedai coklat..saje ursha harga..x beli pon lagi..hihi..tapi dalam duk ursha harga tu sempat lagi membeli choc utk di makan kat bilik hotel..hihi...


Dah nama pon pompuan...choc dan pompuan mmg tak dpt dipisahkan..huhu...

Balik bilik kami rehat2 dan bersiap apa yang patut sebab petang kul 3.30 ada taklimat kursus..kami dapat bilik yang selesa..dua orang untuk satu bilik..ada dua katil single..satu bilik air..tv ada...tapi astro takde..hihi...wifi pon ada..tapi internet slow..geram punya pasal pakai internet mobile sendiri...huhu..






Hari pertama kursus bermula dgn taklimat..kali ni kursus mengenai bengkel pemantapan juruteknik komputer di bawah perlaksanaan NBOS..sebenarnya NBOS ni program untuk membantu tugas2 guru di sekolah...kalau mcm aku ni bantu guru ICT la..tak sume negeri yg ada program NBOS ni...ini baru peringkat permulaan...jadi 3 buah negeri baru ada program ni..iaitu Kedah, Selangor dan lagi satu aku lupa..kalau program ni mmg betul2 dpt membantu tugas guru...akan dibuat di setiap negeri di tahun hadapan..insyaAllah..


Taklimat habis kul 4.30 ptg..aku ngan member keluar jenjalan ke Kompleks Haji Ismail Group...hihi...dah alang datang Langkawi kan...kalau tak berjalan2 rugi la...mmg brg murah2..boleh rambang mata dibuatnya...seb baik aku dtg sorang..kalau dtg ngan en hubby...kopak duitnya..haha..




Sebelah malam ada bengkel lagi...mata mmg tak tahan ngantuk sebab letih satu hari berjalan..tak supper dah..terus naik tido..haha..

Esoknya bangun segar bugar...tido tanpa diganggu anak2..haha..sian en hubby di umah handle anak2..turun sarapan kat cafe...makanan kat hotel ni boleh tahan sedap...aku makan mee goreng ngan nasi lemak...sambal nasi lemak dia sgt sedap!! Ingat nk tmbh tapi segan la plak..haha..

Ingatkan dah makan nasi lemak tu mengantuk la time kursus nanti...sekali kena selenggara komputer...mmg sah2 la takkan mengantuk..letih lagi ada..haha..dibahagikan pada 10 kumpulan..setiap kumpulan diaorg sediakan satu set komputer...diaorg suh kita bukak satu2..then pasang balik hingga jadi...kalau komputer tak hidup diaorg suh troubleshoot sendiri...berpeluh gakla aku walaupon duk lam aircond..haha..




Petang tu bengkel takde..kami dibenarkan buat hal sendiri..aku ngan kawan2 lain ape lagi...keluar shopping la..ada yang keluar ke pantai...aku malas nak ke pantai sebab en hubby bukan ada pon...hihi...sekali lagi kami kelar ke Kompleks Haji Ismail Group...kali ni shopping choc yang orang pesan..hihi..masing2 shopping tak hingat..aku tak shopping byk mana pon...gaji tak masuk lagi..duit pon ciput jer yg ada...haha..




Esoknya last day berkursus..program sampai kul 12..lepas makan tgh ari kami berdua terus check out sebab feri kami kul 2.30 ptg..sampai jeti lam kul 1.30 camtu...masih awal lagi so, kami pusing2 kedai kat jeti dulu...kebetulan kawan aku nak membeli lagi choc..tengok2 harga..aduhhh...nyesal plak beli choc kat haji ismail group...rupanya kat jeti lagi murah!!! Choc Daim tu 5 pek rm 50 jer kt jeti..kt haji ismail group 3 pek rm 39...rugi betui!! Kalau korang dtg sini lebih baik ursha harga kat area jeti dulu...baru tengok harga kat kedai2 lain...kalau tak menyesal tak sudah macam aku..haha!!



Pengalaman berkursus selama 3 hari di Eagle Bay Hotel, Langkawi memang memuaskan hati aku terutamanya bab makanan...memang tak pernah mengecewakan...sentiasa sedap..kena ngan selera aku!!




Tak sempat nak ambik gamba hotel, feri bagai...hujan lebat menakutkan aku!! Huhu...selamat tinggal Langkawi...ada rezeki kita jumpa lagi...
posted from Bloggeroid

Friday, September 26, 2014

Tamatlah sudah GA Merdeka mama kaori..

As salam...

Berakhirlah sudah GA Merdeka mama ka0ri yang agak lama berjalan..memula nak buat sampai hari Malaysia jer..sekali tuan tanah kesibukan plak seminggu lebih..tu yang dilanjutkan sehingga 25hb September 2014...tepat jam 12.00 malam berakhir sudah GA pertama aku..

Senarai peserta sudah dilistkan..boleh rujuk entry SINI untuk tengok no memasing..seramai 19 orang peserta yang telah menyertai GA merdeka mama kaori..disebabkan tak ramai sangat pon yang join..aku ambil keputusan untuk bagi semua hadiah kepada setiap peserta yang join..yeyy!! sila tepuk tangan..hihi..

Ok, memandangkan sponsor GA pon sibuk berpantang..mintak semua peserta bagi masa kepada kami untuk adili gambar memasing hingga hari Ahad ini..hari ISNIN minggu depan aku akan umumkan pemenang dan hadiah memasing..Harap semuanya bersabar yer..




Thursday, September 25, 2014

GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta

ENTRI MELEKAT...

As salam...

Dah lama sebenarnya nak buat Giveaway..tapi tak terbuat..bukan apa..nanti buat takut takde sambutan plak..hahaha...pastu dua minggu lepas kot...blogger Rai Ourkizuna menyuarakan pendapat nak buat GA..aku pon cepat2 sokong idea dia tu..boleh la aku sponsor hadiah..hihi...tapi sampai ke hari ni idea GA dia tu tenggelam tak buat2...sampai nak merajuk dah aku dibuatnya..hahaha...tapi tak kisah la..lagipon kalau dia buat nanti siapa nak uruskan GA tu kalau dia terberanak awal ke apa kan? so, nak tanak aku suh dia postpone jer dulu GA dia...dan biar aku jer dulu yang buat GA..dan biar dia plak yang sponsor hadiah..hahaha...aci tak gitu?

Ok dah!!..jangan duk melalut panjang...Sebenarnya ni first time aku buat giveaway..sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 16hb September ni..aku nak buat giveaway yang bertemakan kemerdekaan..cemane gayanya? cenggini..baca satu-satu k..tak cukup syarat satgi susah nak menang..haha..


Syarat-syaratnya

1. Of course la kena follow blog aku...dan kena follow dan add google aku..(button follower ade kat bawah sekali..dan button add google ade kat sidebar..)

2. Tak lain tak bukan korang kena follow jugak blog sponsor GA Merdeka ni..Ourkizuna dan like Page Ourkizuna di fb..

3. Follow juga blog sponsor iaitu Cheqart ( lepas follow sila tinggalkan link blog anda di kotak komen utk senang tuan blog follow balik ) 

3. Buat tajuk entry "GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri "

4. Mesti tempek banner di atas dan linkkan ke entry ini..

5. Entry juga MESTI kena tempek GAMBAR korang / gambar suami isteri bagi yg dah berkahwin / gambar anak bagi yang dah ada anak..boleh pilih salah satu..dan gambar tersebut juga mestila diambil dengan sekreatif mungkin berkonsepkan kemerdekaan..contoh gambar boleh tengok kat entry SINI.

6. INGAT!! Gambar mestilah asli..jangan cilok sana sini..jangan duk meniru idea orang lain..dan jangan lupa letak trademark blog (optional) korang pada gambar tersebut..

7. Lepas dah post entry tersebut..jangan lupa letak URL GA korang tu kat ruangan komen di bawah ini..

8. Tarikh GA bermula hari ini 28hb Ogos 2014 dan tarikh tutup sehingga 25hb September 2014 (sempena hari Malaysia)

Hadiah-hadiahnya..

Sila ke entri INI

Seramai 14 orang pemenang yang akan dipilih berdasarkan cukup syarat dan skill kreatif bergambar memasing..hadiah mungkin akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penyertaan dari korang..

Haaa..tunggu ape lagi!! korang yang rajin selfie ke..rajin amik gamba anak2 ker..jangan lepaskan peluang untuk menyertai GA Merdeka yang julung kalinya dianjurkan oleh Mama Ka0ri...

Terima kasih kerana sudi join..Sayang korang ketat2!! 

Ada apa di sebalik nombor itu?

As salam..

Tetiba kena tagged lagi ngan member blogger kita..Mar Mansor..kali ni Giveaway plak..seb baik yang simple jerk..buat terus la dah alang2 bukak dashboard..hihi..

KLIK BANNER UTK JOIN!

GA kali ni dari Musfirah ahmad..esok dah tarikh tutup..so, kita buat sesiap hari ni..esok susah dah nak ngadap laptop..apa yang menarik bagi aku pasal blog ni kan..dia letak nombor pada nama blog dia..susah nak ingat pada orang lain tapi senang nak ingat pada tuan punya tanah..hanya dia yang tahu disebalik nombor2 tu kalau dia tak citer kat blog kenapa dia pilih nombor2 tu..

Ok, hadiah dia sangat comey..ada dua hadiah..satu rantai leher..satu lagi notebook yang comey..aku tak minat sgt rantai leher..yang aku berkenan notebook dia..comey!

comey kan?
Member2 blogger yang di tagged

1. Dik An

Harap ada rezeki aku..haha..

..

Liebster Award - CikSiti

As salam..

Yang ni last entri membayar hutang..Liebster award kali ni ditagged oleh CikSiti kita..CikSiti ni sebenarnya kohai (junior) aku mase belajar di Jepun dulu...aku cam mukanya..tapi aku tak sure dia batch mana..kohai ramai sangat..hahaha..kitaorg panggil dia Sid..kalau korang nak kenal ngan dia..boleh la terjah ke blog beliau yang super simple tu..hihi..anyway, thanks Sid sebab sudi tagged akak..

Soalan yang ditanya tu omputih..tapi aku nak jawab bahasa melayu..bahasa kebangsaan kita..hahaha..

1. What do you think about my blog?
Blog yang simple..sekali tekan terus keluar..takde loading lambat2..syok jer baca..hihi..

2. What do you think about your blog?
Ntah..biasa jer kot..tapi yang pasti Sid memang takleh lawan blog akak...hahahaha..

3. Why are you blogging?
Sebab seronok..macam best jer membebel sengsorang lam dunia virtual ni..pastu ada plak orang respon atas bebelan kita..haha..

4. Anything you want to know about me?
Nak tahu jugak..Sid duk Penang kat mane? haha..

5. What's your hobby?
membebel dalam blog

6. Where do you save your money?
err..nak kena bagitau ke? nanti korang tahu plak duit aku ada mana..haha..simpan lam tabung haji..

7. Do you love shopping?
Tunggu lagi!! mestila suka...dah nama pon pompuan..haha..

8. Have you bought a house?
umah tak beli pon..nak buat umah sendiri dengan design sendiri..ngee...tinggi cita2 tuh!

9. If you are married, how much was ur hantaran?
kawen dah..hantaran tamau habaq la..secret..tapi yang pasti murah jer..;)

10. What is your fav cartoon?
Minion

11. Why?
Sebab dia comey..suara plak kelakar..boleh buat aku gelak besar..haha..

Hoh, habis dah soklan?? duk kusyuk jawab tetiba habis dah soklan..kalau Sid letak 20 soklan pon akak seronok jer nak menjawab..haha..

Ok, aku nak tagged orang yang suka menjawab soalan ni..siapa lagi kalau bukan..

1. Dik An
2. Tihara

Soalan yang perlu korang jawab ialah..

1. Sejak bila anda berblogging?
2. Apa nama blog anda?
3. kenapa anda berikan nama blog anda dgn nama tersebut?
4. Siapa idola anda dalam dunia blogging?
5. Apa yang menyebabkan anda terus berblogging hingga sekarang?
6. Kalau anda tidak berblogging, apa yang anda akan buat?
7. Berikan 3 sebab kenapa orang perlu terjah masuk ke blog anda..
8. Apa pendapat anda mengenai blog mama kaori?

Ok, jawab jangan tak jawab!



Rindu dengan mereka..

As salam...

Pagi ni bangun terasa sunyi..nak nangis rasa..sebab ma dan abah dah pon tiada di rumah..mereka dah bertolak ke Johor malam tadi bersama adik2..sejak hari Sabtu ma dan abah datang..anak2 bukan main seronok..boleh berkawan ngan pak ngah dan pak su mereka..pak ngah dan pak su plak jenis suka melayan budak2..bukan main seronok lagi diaorg..

Ayun dan Ammar pon tak perlu anta ke umah opah..ma dan adik2 tolong jaga di rumah..tu yg Ayun bukan main seronok lagi..hihi..

Aku plak macam biasa..masa ni la nak bermanja ngan ma dan abah pon..rasa macam tamau bagi pegi jer..tapi apakan daya..aku bukan anak tunggal mereka..aku ada kakak2 dan adik lagi di Johor yang sedang menanti kedatangan ma dan abah..diaorg pon nak bermanja jgk..aku tak boleh tamak sengsorang..huhu..

RINDU MEREKA!!!  T_T

Baru perasan..ma dan abah datang itu ari..satu keping gamba pon tak amik..huhu...

Wednesday, September 24, 2014

Liebster Award - Budak

As salam...

Masih lagi entri membayar hutang..janganla korang meluat pulak membacanya yer..aku cuma puaskan hati semua orang..rasa macam bersalah plak kalau tak buat..hihi..Liebster award kali ni ditagged oleh budak..budak mana? nak tahu korang boleh klik SINI..blogger ni aku baru kenal jer..mati2 aku ingat dia lelaki..rupanya dia perempuan..hahaha...teruk betul mama kaori ni..

Ok, terima kasih banyak2 pada budak sebab sudi tagged mama kaori..kita straight jawab terus soalan yang ditanya..

1. Pasukan bola sepak pilihan anda?
MC 

2. Lagu patriotik kesukaan anda..
Disini lahirnya sebuah cinta

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan ada berapa daerah dalam negeri tu?
Negeri Kedah..ada 12 daerah (aku gugel ni..tak tahu pon sebenarnya..haha..)

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
Dari negeri Melaka kot? aku tak ambik tahu sgt sbb tak makan sgt asam pedas..haha..

5. Dalam banyak2 pantun..pantun apa yang anda paling sukai..
pantun 2 kerat..haha..

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking tetap jadi stoking..tapi stoking kaler putih tadi dah tukar jadi stoking kaler merah..haha..

7. Apa yang anda faham tentang " buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan "
Apa yang aku faham buah cempedak tu kat luar dari pagar..so, macam susah nak ambil..mintak tolong orang sebelah tolong ambilkan..

8. Dalam banyak2 negara, negara mana yang banyak artis KPOP?
dah tentulah negara Korea..tempat asal dia..haha..

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
ntah..orang yg buat google ni kot..malas nak gugel carik..haha..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Alamak..ni kes masuk bakul angkat sendiri ni..hahaha..apa yang best ek..ntah la..apa yang pasti aku memang hari2 bukak blog aku..(sori..tak menjawab soalan langsung..hahahaha)

11. Apa perasaan anda menjawab soalan di atas?
berpeluh ketiak!! hahahaha..first time gugel carik jawapan..

Tiba2 ada soalan tambahan plak..

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas?
Aku rasa dia seorang budak yang cool..misteri..sebab aku anggap dia budak lelaki awalnya..hahahaha...

13. Adakah anda menggunakan google.com utk menjawab soalan di atas?
Yer..tepat sekali..soalan berapa daerah tu..hahaha..

Ok, setel jawab soalan..aku tamau tagged sesapa..aku jawab pon berpeluh ketiak..korang mesti tanak jadi cam aku kan..hahahaha...

Pengalaman temuduga pensyarah DH41

As salam...

Tetiba baru teringat yang aku belum share lagi pengalaman pergi temuduga Pegawai pengajian tinggi Gred DH41..pada yang tertinggal ketapi boleh klik entri SINI..

Pagi2 lepas solat Subuh kitaorg dah keluar ke Putrajaya..jalan agak lengang..masa tu lebih kurang kul 7.00 pagi..keta tak banyak pon..maybe sebab esok tu cuti hari Malaysia..jadi orang amik cuti sesiap hari Isnin tu..aku macam biasala..kelam kabut sebelum interview tu memang jadi la...korang boleh bayangkan tak...pakai foundation tapi tak pakai toner, moisturizer..hahahaha...rasa macam tepek tepung gomak ke ape dah..last2 malas nak cuci balik..Biar jelah!! 

Kul 7.20 pagi camtu kitaorg sampai..tengok ramai jer yang keluar keta pakai blazer..aku bagitau en hubby yang ramai2 pakai blazer tu nak interview la tu..boleh en hubby kata bukan..yang tu yang diaorg keje kat situ..sebenarnya memang diaorg datang utk interview pon..hahahaha..beratur punya panjang nak amik pas masuk..en hubby dah rasa tak best sebab aku belum sarapan..dia memang faham sgt perangai aku kalau tak makan..satu keje apa pon takleh buat kalau aku belum makan..haha..

Masuk dalam aku ingatkan pelawat boleh masuk sekali..rupanya pelawat takleh masuk walaupon tunggu kat cafe dalam bangunan Jabatan Perdana menteri tu..dalam surat dia kata boleh..sampai sana tak boleh plak..pasal malas nak cari gaduh..aku wassap en hubby suh tunggu sekejap..registration pon makan masa lama..kul 8 pagi baru diaorg kalut2 bukak kaunter utk register..pasal perut dah lapar sangat aku request utk keluar makan dulu..diaorg kasi sebab ramai lagi yang belum register..

Korang bayangkan kul 7.20 pagi sampai..kul 11.30 pagi baru aku dipanggil masuk untuk interview..candidates punya la ramai..siap kena berdiri pon ada..kesian diaorg..seb baik aku dapat tempat duduk..sesambil tu borak ngan member sebelah..tanya dia interview apa..rupanya interview jawatan yang sama ngan aku cuma lain bidang..ada yang bidang e-dagang..ada yang bidang pendidikan islam..mcm2 lagi la..dan yang paling best bidang aku dapat tu la yang paling ramai candidates..hahaha...jenuh menunggu jugak la aku..seb baik 5 orang sekali masuk untuk interview..

Kul 8.45 pagi camtu group pertama masuk..aku dah kecut perut tak tahu nak cakap apa dah..diaorg masuk lebih kurang 45 minit jugakla..elok2 group pertama keluar aku terus pegi tanya candidates perempuan yang masuk tadi..aku memang duk dekat ngan pintu masuk..tu yg boleh pegi tanya tu..(pegi tanya macam dah kenal lama tu..haha..memang tak tahu malu betul la..)

Dia cakap takpe..senang jer interview..dia tanya pasal pendidikan jer..siapa menteri pendidikan sekarang..siapa KSU..siapa pengarah Poli..pasal falsafah pendidikan negara..fasal Pelan strategik pengajian tinggi nasional..budak2 yang duk dekat2 ngan aku tu memasing cepat2 keluarkan nota memasing..aku pon sama jugak..cepat2 gugel siapa pengarah poli sebab aku tak take note pon yang tu..punya la hafal pasal pendidikan..sekali sampai turn group aku..satu soalan pon takde kaitan ngan pendidikan...hahahaha...group aku banyak ditanya pasal bidang yang akan kami ajar..rekabentuk industri..

Semuanya berkaitan ngan bidang rekabentuk..antara soalan yang masih aku ingat..

1. Kenapa anda nak jadi pensyarah? DH41 ni sebenarnya pensyarah tau..jangan duk ingat keje apa plak..haha..

2. Macammana anda nak pastikan pelajar2 anda nanti up to date? teknologi kan sentiasa berubah..

3. Apa pendapat anda mengenai PSH (pembelajaran sepanjang hayat)?

4. Kenapa PSH tu penting?

5. Apa final projek yang akan anda buat bersama pelajar anda nanti?

Ada banyak lagi soalan2 yang ditanya..aku tak bape ingat dah..5 soalan tu jer yang aku ingat..huhu..apepon memang neves mase memula bercakap tu..tapi bila dah dapat rentak..boleh gelak2 berbual ngan datuk mase interview tu..aku tak sure jawapan yang aku jawab tu menepati soalan mereka ke tak..apa yang pasti diaorg memang selalu angguk2 jer apa yang aku kata..haha..

Lapar tak hingat lepas interview!! makan sampai licin pinggan..haha..

Resultnya nanti berserah saje pada Allah swt..kalau betul rezeki aku jadi pensyarah..aku terima..kalau tak dpt interview ni pon terima jugak..sebab aku tahu perancangan Allah adalah yang terbaik..janji kita dah buat yang terbaik kan..




Liebster award - Dr.shikinzainal

As salam...

Hari ni awal pagi bersiaran sebab dah tahu nak kena citer ape..sesi membayar hutang belum setel..haha..kali ni Liebster award kena tagged ngan Dr.shikinzainal..seorang doktor yang sangat awesome, sporting bak hang!! dia suke bercerita sume mende termasuk la penyakit2 yang dia tahu..sebab tu syok jer baca blog dia..korang mesti tak nyesal kalau terjah blog dia tau...hihi..anyway, thank you very much Dr.Shikin sebab tagged kita..sorry la lambat plak kita buat entry ni..

Ok, terus kepada soalan..

1. Dulu sekolah harian / asrama penuh?
MRSM..MRSM tu kira asrama penuh kan?

2. Biasa tido dalam kelas? Kenapa sampai tertido?
Hahahaha..gelak awal2 lagi sebab aku memang kaki tido lam kelas..dah la tempat duduk belakang..lagi2 kalau subjek Sejarah..cikgu masuk duduk baca jer..aku ape lagi..tido la!!.
Kenapa sampai tertido?? sebab aku ni kaki stay up..bukan study pon tapi berborak..makan2..hahaha..

3. Subjek paling disukai / paling tak suka?
Subjek paling aku suka adalah SENI !!
Subjek paling tak suka adalah Sejarah...mengantuk bak hang!!.

4. Cikgu Feberet / Apa yang best ngan cikgu tu?
Cikgu Math aku..cikgu tu best sebab dia sangat comel..pendek bulat macam doremon..serious dia sangat comel..dan dia suka bawak coklat satu tabung kalau waktu kelas dia..hahaha..

5. No. paling cantik dan no. paling corot pernah dapat masa sekolah..
Waktu belajar kat MRSM dulu aku tak kisah sangat dpt no berapa..dan aku tak tahu pon dapat no berapa..sebab kat MRSM diaorg pakai PNG..kalau PNG atas 3.50 tu memang bangga dah..kalau sekolah rendah tu tahu la..no 1 paling cantik..paling corot no.3

6. Barang paling berharga pernah diperoleh/dihadiahkan masa zaman kanak-kanak?
Walkman - sonok tak hingat!! haha..

7. Hukuman paling tak patut korang pernah kena dari seorang guru?
Sume memang patut pon aku kena..sebab aku ni kategori nakal jugak kat sekolah..sendiri cari pasal sendiri tanggung la..yang takleh lupa kantoi ngan cikgu sebab meniru subjek komputer mase exam akhir tahun..terus dapat markah 0..padan muka aku!!

8. Pernah "kipas" cikgu tak?
aku rasa ada..tapi aku dah lupa cikgu mana..tapi aku rasa adala..hahaha..

9. Pernah "kenakan" cikgu yang korang tak suka tak? / Apa yang korang buat pada dia?
Ishkk..tak suka cemane pon kat cikgu tu tetap takut nak kenakan dia..tak baik wooo...

10. Personality masa sekolah dulu sama tak macam sekarang?
Aku rasa sama..ntah la..

11. Pengalaman bersama kawan-kawan yang paling best?
yang ni nak citer memang banyak..tak tertaip aku rasa..tapi yang banyak pon sume mende2 yang nakal aku buat bersama kawan2 jer..(tayah la citer..nanti anak2 baca blog ni diaorg ikut plak..hahaha..)

Ok..habis dah jawab soalan..sekarang aku nak tagged orang..siapa orangnya? ni dia..

1. Dik An

kenapa aku tagged Dik An sorang jer? sebab...tengok dia kata apa..


So, tak salah kalau aku tagged dia kan? hahaha...

Soalan yang perlu dijawab mudah jer..

1. Berapa umur anda sekarang?
2. Siapa anda 5 tahun sebelum itu?
3. Siapa agaknya anda 5 tahun selepas itu?
4. Apa yang anda impikan untuk 10 tahun akan datang?

Ok, 4 soalan jer yang perlu dijawab..kalau ade sesiapa yang rasa nak jawab soalan tu..korang tinggalkan link blog korang kat kotak komen..nanti aku tagged..ada banyak lagi entry bayar hutang ni..haha..


P/s : angin betul..sepatutnya boleh publish kul 8.30 tadi..internet kacau plak..!!



Tuesday, September 23, 2014

Liebster Award - Farrah MF

As salam..

Sesi membayar hutang belum setel..haha..kali ni Liebster award dari Farrah MF plak..sori la kalau korang naik menyampah baca entry2 yang macam ni..tapi disebabkan orang dah tagged aku..rasa macam tak best plak kalau buat dunno jer kan..Thanks buat Farrah sebab sudi tagged akak..so, sekarang mase untuk menjawab soalan2 yang agak mencabar dari Farrah..

Soalan-soalannya..

1. 1 tarikan utama pada blog anda..
Err..tak tahu apa tarikannya sebab aku banyak bercerita pasal anak2 dan family aku jer..tapi ade jugakla tips, petua yang aku tahu aku share lam blog ni..kot2 la boleh menjadi tarikan pada korang..haha..

2. 1 karakter kartun kegemaran..
Minion!! haha..

3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda..
Rich Dad Poor Dad 

4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran..
yang ni tak sure..Farrah tanya entry kat blog sendiri ke atau blog Farrah atau blog orang lain yang aku suke..haha..yang pasti sume entry aku suke baca!!

5. 2 orang yang anda akan cari bila perlukan teman bicara
- En hubby
- En hubby 
aci tak gitu? haha..

6. 2 pulau yang anda ingin lawati..
- Pulau maldives

google sourced
- Pulau Redang

google sourced
Tengok gambar pon dah tahu cantik kan!!

7. 3 elemen penting dalam blog yang paling anda titikberatkan..
- Gambar
- Isi kandungan
- Feedback (komen)

8. 3 perkara yang buatkan anda ingin terus berblogging..
- sebab anak2..(rujukan buat diaorg utk di masa hadapan..)
- sebab korang yang suke baca..haha..
- sebab en nuffnang

9. 3 perkara yang anda buat di masa lapang..
- update blog
- blogwalking
- tengok facebook..haha..

10. 4 perkara yang boleh buat anda rasa tertekan..
- dateline dah dekat!!
- en hubby takde..(bila dia kena keje jauh or berkursus..)
- bosan..
- kena bebel

11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas
SEMPOI-SIMPLE-SWEET-SPORTING-SENSITIF
Aci x gitu? haha..

Aku takde tagged sape..haha..


Terima kasih lagi en Nuff..

As salam..

Dalam duk sibuk ni kan..sempat lagi aku check nuffnang tengok..kot2 la tersangkut CPUV kat blog aku yang tak femes ni..haha..

Check jugak walaupon dah tahu macam muri ( imposible) jer en nuff nak bagi aku CPUV baru...agak sepi jugak lepas CPUV yang bulan Ogos tu dah tamat..tapi betul2 tak sangka...en nuff memang teringat lagi kat blog aku!! ini dia CPUV yang terbaru melekat di blog mama kaori..


CPUV terbaru iaitu RWG-Ice Age Adventure!! Nanti kalau ada iklan Ice Age tu keluar kat blog aku ni..sudi2 la klik yer..TQ in advance..hihi..:)

Liebster Award - Amy J

As salam...

Ini entry bayar hutang pada Amy J...rajin sungguh dia buat entry pasal Liebster Award...tak pasal2 aku yang terjebak sekali..nak tanak kena buat juga la kan..tamau la keciwakan Amy plak..

Rasanya tak perlu la aku nak citer pasal Liebster Award ni..sebab aku rasa ramai dah yang tahu pasal tu..cuma kat sini nak ucap terima kasih banyak pada Amy J sebab sentiasa ingat pada mama ka0ri yang agak poyo ni..kakakaka...

Ok, straight to the point..kita cuba menjawab soalan2 cepu emas dari Amy J..

1. Lagu kesukaan sepanjang zaman..
    Lagu Tokyo dari Yui ( aci la lagu jepun k..)
    Serious aku suke giler ngan lagu ni walaupon lagu ni memang dah lama sangat..lagu ni mase zaman aku belajar di Jepun dulu..memang best la..cuba korang doanload tengok..haha..

2. Apa yang membuatkan anda unik..
Sebenarnya takde apa yang unik pon pasal aku..same macam korang jugak..manusia biasa..cuma nak bagitau aku ada 3 pasang lesung pipit..itu yang unik kot..haha..

3. Fakta mengenai orang terakhir yang anda jumpa tadi..
Jumpa kerani sekolah..seorang yang ceria..boleh dibawak berbincang dan dia memang rajin menjawab soklan2 aku..haha..

4. Filem terakhir anda tengok..
soalan ni tak sure..filem terakhir yang tengok kat wayang ke atau beli dvd jer tengok..haha..
kalau tengok wayang citer spiderman2 tak silap..(lama dah sebenarnya tak tgk wayang..haha..)
kalau layan dvd tengok citer Frozen..(anak2 duk ulang tengok citer tu hari2..jadi mak pon mengadap sama la tengok..kakakaka..)

5. Saya akan sayang awak kalau..
Kalau awak seorang yang sporting..gila2..dan boleh diajak berbual..lagi2 kalau sama minat ngan mama kaori..:)

6. Ais Krim kesukaan anda..
sume suker!! sebab aku memang hantu eskrem..eskrem yang paling sedap setakat ni yang aku rasa eskrem tembikai susu yang kaler oren tu..makan kat jepun dulu mase pusing2 hokkaido..mmg tersangatla sedap..hohoho..

7. Selebriti yang ingin anda jumpa..
sape ek? Amy mastura kot..sebab dia sentiasa muda..nak tengok jugak la secara dekat..haha..

8. Perkara paling romantik yang pernah anda lakukan..
Banyak sebenarnya..haha..salah satu yang terbaru aku pos hadiah kek anniversary kat en hubby mase anniversary kami..nak tahu citer boleh klik SINI..

9. Adakah anda sinis?
Tak kot..haha..

10. Pendapat mengenai blog aku..
suke jer bw kat blog Amy sebab suke update entry baru..dan yang paling cool..gamba serigala duk gerak jalan2 tu..mcm best jer..haha..

11. 3 perkara yang membuatkan anda rasa menyampah..
- orang yang buat silap tapi tamau bertanggungjawab
- dia rasa dia sorang je yang betul..
- internet slow!!

Ok, setel jawab soalan..aku tak tahu nak tagged sape..jadi aku tagged siapa2 yang baca entry ni ngan soalan yang sama..hahaha..aci gitu?


Senarai peserta GA Merdeka mama ka0ri

As salam...

Lagi tinggal 2 hari untuk tarikh tutup GA Merdeka Mama ka0ri...pada mereka2 yang belum join tu sempat lagi la nak ambil gambar dengan bendera walaupon rasa macam dah ketinggalan zaman..hahaha..

Di sini aku update senarai peserta yang dah pon meletakkan gambar kreatif memasing..nanti sesambil tu korang boleh jugak blogwalking mereka yang dah join ni yer..sambil tengok skill bergambar..sesambil boleh blogwalking..tak gitu?

Senarai Peserta GA Merdeka Mama ka0ri

7. Pha Is
 
Seramai 19 orang peserta yang join setakat ini..terima kasih pada semua yang sudi join GA Merdeka mama ka0ri yang julung2 kalinya diadakan..insyaAllah..kalau ada rezeki lebih..sume peserta akan dapat hadiah nanti..hihi..

Jom2 meriahkan lagi GA Merdeka mama ka0ri di SINI !!

Nak tengok hadiah? boleh klik SINI dan SINI..

Cepat2!! Sebelum tarikh tutup tak lama lagi!!


Welkam back to me!!

As salam...

Ya Allah..lamanya rasa meninggalkan blogku kesunyian tanpa pengunjung..hukhuk...nak menaip pon dah rasa kekok..haha...itula padan muka aku...sape suh tak update blog kan..

3 perkara yang menyebabkan blog aku kesunyian..

1. Sibuk ke Putrajaya untuk interview..
2. Balik dari Putrajaya terus siap2 untuk ke kursus pemantapan ICT di Langkawi plak..
3. Elok balik dari Langkawi..mak ayah dan adik2 lelaki datang umah dari Terengganu plak..

Nampak tak 3 kesibukannya disitu..hahahaha..baru 3 mende dah kelam kabut...macamlah keje YB kan..sajer jer tu nak kasi korang faham situasi aku..bila mak ayah datang ni faham2 la..lagipon ni first time mak ayah datang umah yang baru pindah ni..sebelum ni duk Kulim mak dah biasa datang..ni pon aku baru masuk keje..cuti dua hari jugak bila mak ayah datang ni..ye la..nak tunjuk tempat itu..tempat ini...tempat tak biasa datang kan..dah la ade masalah ngan bahase dialek ni..mak ayah orang Terengganu..mai ke Kedah..susah la nak tukar dialek tu..hihihi..

Hari ni nak kena setel keje2 aku yang tertangguh..pastu nak kena update entry2 yang di tagged kamu..kamu..dan kamu...hahaha...


Thursday, September 18, 2014

Salam Satu Malaysia!!

As salam...

Awal pagi plak bersiaran hari ni..post entry awal sesiap nk elak traffic jammed nanti..haha...bukan apa takut hari ni sibuk berkursus terus lupa nk up entry..

Belanja gamba tuan tanah satu yang tahan mengantuk lepas breakfast..mkn nasi lemak plak tu..!!

Org berkursus confirm aku tido!! Haha..


posted from Bloggeroid

Wednesday, September 17, 2014

Langkawi...mu tunggu aku datang!!

As salam...

Hari ni lambat sikit bersiaran..pepagi dh kalut siap2 nak pegi kursus ke Langkawi..seb baik ada teman..takde la aku bosan sangat..lagipon x pernah pegi sorang diri ke Langkawi...en hubby nk lepas pon mcm tanak lepas..risau dia..haha...bila dah ada teman ni lega sikit hati..

Sampai kat jeti Kuala Kedah lam kul 9 pagi...seb baik sempat beli tiket feri yang pukul 9.30 pagi...takde la nk kena tunggu lama sangat..


Kul 9.30 pagi dari Kuala Kedah..kul 11.15 sampai kat Langkawi..naik feri ngan ombak yang agak kuat beralun boleh tahan jgk rasa peningnya..en hubby pesan kalau rasa pening tido jer..memang sepanjang naik feri aku tido jer..risau takut nk muntah..satg kalau muntah sape yg nk tgkkan aku...en hubby takde!! Haha..

Elok sampai jer terus ke hotel..dah setel check in baru ajak member kuar mkn..lepas mkn kami singgah kedai yg jual choc..saje ursha harga..tapi dalam duk ursha harga tu sempat lagi sambar satu bungkus choc..utk mkn kt bilik jer...yang nk bwk blk beli hari lain..haha..



Sampai sini dulu...nanti kita citer lagi..japg ada taklimat pulak..babaii...

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 16, 2014

Gamba bonus jer hari ni..

As salam...

Entry pendek shj utk arini...tuan tanah masih lagi busy..segala entry tagged...GA...segmen akan dibuat selepas 20hb Sept...hari ni nak buh gamba bonus anak2 jer..hihi..



Gamba selfie Aleesya



Gamba selfie Ayun



Gamba macho adik Ammar

Nanti blk kursus kita citer panjang k!!

posted from Bloggeroid

Monday, September 15, 2014

GA Merdeka mama ka0ri dilanjutkan..

As salam...

Untuk pengetahuan semua..GA Merdeka mama ka0ri masih lagi berlangsung..dan berita baik untuk anda semua..tarikh tutup GA akan dilanjutkan sehingga 25hb September 2014 memandangkan tuan tanah akan sibuk bermula 15hb sehingga 20hb September 2014..

Jadi, anda semua boleh mengambil peluang ini untuk mengambil gambar sekreatif mungkin sebab hadiah pon dah bertambah lagi..iaitu 2 helai tshirt merdeka 57 dan jumlah pemenang yang akan dipilih adalah seramai 14 orang..


Ini dia tshirt merdeka 57 yang bersize XL..cepat2lah ambil peluang ini untuk menang sebab peserta pon tak ramai lagi yang join..nanti di entry lain akan aku cuba senaraikan blog peserta yang mengambil bahagian...update guna henpon susah sikit nk copy link..huhu..

Belanja gamba Ayun mase umo 8 bulan yg semangat kemerdekaan..

Jom join GA Merdeka mama ka0ri di SINI!!

Entry auto-publish...tuan tanah sedang diinterview...huhu...


Sunday, September 14, 2014

Petua hilangkan bau busuk dalam microwave.

As salam...

Aku antara pengguna tegar microwave Sharp...boleh kata setiap hari guna..bila setiap hari guna faham-fahamlah jadi cemane dalam microwave tu..penuh dengan percikan2 minyak...segala jenis kuah dah byk melekat kat dinding microwave..dan bau pon boleh jadi semacam sebab bercampo dgn segala bau belacan petai bagai...haha...

Pada korang yg pengguna tegar microwave macam aku boleh try guna petua ni untuk hilangkan bau semacam dalam microwave tu..

Petua hilangkan bau busuk dalam microwave

1. Hiriskan beberapa biji limau nipis dan masukkan ke dalam mangkuk seramik@pyrex yang berisi sedikit air..


2. Letakkan di dalam microwave


3. Cook untuk satu minit..

Masa dah berjalan smpi 48 sec..lambat ambik gambar...hihi..
4. Selepas satu minit, keluarkan mangkuk dan siap!! 

Microwave anda kini sudah bebas bau busuk..insyaAllah...aku memang selalu buat macam ni sebulan sekali untuk hilangkan bau segala macam dalam microwave...Selamat mencuba!!



Friday, September 12, 2014

Bagaimana mungkin..

As salam..

" Bagaimana mungkin aku tidak memohon kepada Mu..sedangkan aku adalah aku..hamba yang sentiasa berdosa kepada Mu..dan bagaimana mungkin aku memutuskan tali harapan dari Mu...sedangkan Engkau adalah tempat bergantungku..Ya Ilahi.."

posted from Bloggeroid

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari Impian ku seorang blogger

As salam...

Rasa belum terlambat untuk aku join segmen abg Ben..korang mesti tahu dah segmen ni kan..sebab ramai jer yg join tadi..aku jer yang baru terhegeh-hegeh nak join..haha..

Dapat panggilan temuduga!!

As salam...

Fuuhhhh...lamanya tak bersiaran guna laptop..hari ni baru berkesempatan...ni pon curi2 masa jer..nak join GA mamaniza pon tak sempat dah...sobs..sobs..T_T 
Masih lagi busy sebab study tak setel lagi..aku ada mention kat entry SINI pasal study tu kan...huhu..sebenarnya seminggu yang lepas aku dapat surat..surat apa? ini dia suratnya...


Macam tak percaya pon ada..sebab jawatan ni aku apply masa tahun lepas sebelum benti keje kat Kilang Ibiden..tup2..tahun ni dapat panggilan temuduga..jawatan tetap plak tu..pastu bidang yang aku belajar plak tu..haha..sebelum ni aku pernah dapat surat temuduga dari SPA..tapi sumenya bukan bidang aku..operator jawab tepon..pegawai kebudayaan, jurukamera...sume aku tak lulus temuduga..aku tak dapat jawatan operator tu sebab aku silap pi buh sijil degree sedangkan yang tu utk gred SPM sahaja..pastu yang pegawai kebudayaan tu aku tak lulus periksa dia..haha..confirm la tak lulus sebab aku mana pernah belajar pasal tarian ke apa..hahaha...yang jurukamera tu plak aku tak lulus bab ujian jugak..amik gamba guna kamera kodak biasa..tak aci pakai kamera digital..korang faham2 la kalau pakai kamera kodak ni..mana boleh nak edit2..blur gambar tu blur la jawabnya..tu yg tak lulus tu..hahahaha..

Sebelum ni aku pernah keje ngan kerajaan..sekarang ni pon keje ngan kerajaan..tapi sume kontrak..dulu kontrak setahun setengah..sekarang kontrak 6 bulan..bila dapat surat temuduga untuk jawatan tetap ni..pastu dalam bidang aku plak..jadi macam terlebih excited pon ada..sengih sorang2 aku bila baca surat ni..en hubby balik keje jer terus tunjuk surat temuduga tu kat dia..dia dengan lajunya terus tepon adik ipar dia..(adik ipar dia excited sikit bab dapat panggilan temuduga ni..haha..)

Cuma satu jer masalah aku sekarang..aku takde pengalaman mengajar...pernah dulu sekali mengajar kat kolej komuniti ajar Bahasa Jepun untuk short course..3 bulan jer rasanya..pastu mengajar cikgu-cikgu pasal ICT mase LDP kat sekolah mase keje lama dulu..ngan mengajar budak2 darjah 6 guna komputer dan Power Point..aku tak pernah ikuti mana2 kursus mengajar ke apa..ntah peluang dapat ke tidak tak tahu la..huhu..

Tambah plak aku tak pernah keje dalam bidang yang aku ambik..keje engineer dulu pon bahagian elektronik..tu pon R&D department..pastu keje kat Kilang Ibiden sebagai tukang alih bahasa jer..bukannya engineer..pastu keje Juruteknik komputer..memang takde kaitan langsung lah!! hahaha...risau pon ada jugak ni..huhu..

Aku plak jenis gabra sikit kalau mai temuduga..tu yg bila baca entry Petak Bunga PB pasal interview dia itu ari..aku teringat kisah2 interview aku yang dulu2..pastu tiba2 kecut perut plak nak kena interview kali ni..hoho..bila aku gugel pasal temuduga Gred DH41 ni aku terjumpa satu blog..aku lupa dah namanya..citer pengalaman dia pegi interview gred yang sama macam aku dapat ni..adooiii..kecut perut plak bila dia kata datuk tu tanya bab Falsafah Pendidikan Negara, bab2 pendidikan pengajian tinggi ni..aku mane tahu sume pasal2 tu...tu yg nak kena study tak hingat ni..sampai terhad nak mengadap blog..nak blogwalking pon terhad..huhuhu..

Harap korang dapat doakan aku..moga2 ada idea la aku nanti nak menjawab soalan2 dari mereka..huhu..Wish me luck!

P/s : kalau korang perasan aku ada bulatkan kat tempat alamat pada gamba tu..bila mase plak Bandar Baharu di Kelantan..aku duk Kedah la weii..hahaha...



Tuesday, September 9, 2014

Bila ikut kata hati...

As salam...

Inilah akibatnya bila tidak mendengar kata akal fikiran...akal berkata " jangann...tangan basah..lap dulu..nanti licin.."
Tapi hati mula berkata..." Takpe...nak pegang sat jer..."
Bila ikut kata hati inilah jadinya...



Mangkuk feberet pon dah pecah..nak marah sape?? Marah diri sendiri..haha..



Kaki pon dah luka berdarah...berdenyut2 lagi extra dapat...haha..padan muka aku!!

Jangan tiru aksi dan perangai tak senonoh makcik ini di rumah yer adik2..

posted from Bloggeroid

Good luck UPSR candidates!!

As salam...


Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid-murid tahun 6 di seluruh Malaysia...Buatlah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik!!

Good luck!!

posted from Bloggeroid

Sunday, September 7, 2014

Wish me luck!

As salam...

Menjadi minggu yang sibuk...mungkin tidak sempat blogwalking ke blog kengkawan..byk mende nak kena study..tetiba jer kan..



Tak pasal-pasal study macam nak exam..bukan jadi student pon..haha..satu buku ada 10 bab...bermacam buku lagi nak kena baca ni...omaigod...doakan kejayaan aku yer kengkawan...nanti free sikit kita story mori bab ni...



Wish me luck!!

posted from Bloggeroid

Thursday, September 4, 2014

Gotong royong bersama anak-anak..

As salam...

Hari ni lambat sikit aku bersiaran...ada hal yg penting yg perlu di selesaikan..hari lain la kita bercerita..hari ni cuma nak share gambar ngan anak2 mase kemas umah hari merdeka tempoh hari..kira macam gotong royong merdeka la...hihi..

Awal pagi ada orang datang potong rumput...sepatutnya dia dtg hari Sabtu..tapi masa x mengizinkan..so, dia dtg hari ahad pagi tu..sementara dia potong rumput kami keluar minum sambil lepak2 tengok muvie kat kedai mkn smpi kul 11 lebih..

Balik umah tengok keje memotong dah setel..aku ngan en hubby terus ke belakang rumah cuci rumput yg telah dipotong..masukkan dalam plastik sampah sesiap sbb nanti takut hujan susah dah nk buang..

Anak2 pon apa lagi...sibuk jugakla diaorg nk menolong...cuaca panas sgt aku suh diaorg pakai topi...Aleesya dan Ayun tu betui dah di ambiknya topi...yang adik Ammar plak rileks jer ambik kopiah abah dia pakai..haha..



Kopiah abah di kepala dan henset mama di tangan memang x lepas...henset tu dia punya kalau di rumah..haha..





tak perasan pon rupanya adik Ammar sedang mengambil gambar!! haha..

Buat aktiviti rumah bersama anak2 memang seronok..ada ajer gaya, ragam, persoalan yang ditanya dan dibuat anak-anak...sambil cuci rumah sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan..Alhamdulillah..diberi peluang bersama mereka hingga hari ini..
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 3, 2014

Wordless Wednesday #21 Merdeka!!

As salam...

Belanja gambar merdeka satu!!



posted from Bloggeroid