Kenapa Alfalfa dipercayai sangat bagus utk kesihatan kita? kenapa Alfalfa sangat memberi manfaat pada tubuh kita? pada mereka yang baru saja mengenali perkataan Alfalfa..Alfalfa adalah nama sejenis tumbuhan atau nama saintifiknya Medicago Sativa L. yang mengikut sejarah boleh di makan seluruh daun, tangkai, akar dan biji oleh manusia.
pokok Alfalfa |
Antara separuh dari akar pokok Alfalfa |
Alfalfa berasal dari bahasa arab terbahagi dua bahagian iaitu "Al" beerti Allah dan "falf" beerti ribuan kenikmatan dan manfaat atau orang Yunani kata "bapa dari segala makanan" kerana pokok Alfalfa hanya tumbuh renek ttetapi akarnya menjalar panjang hingga 30m ke dalam tanah yang mampu menyerap segala khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Tumbuhan Alfalfa mengandungi 60 nutrients iaitu kandungan protein di dlm Alfalfa adalah 18.9% dibandingkan dengan daging sapi iaitu 16.5%, 3.3% untuk susu dan 13.1% untuk telur. Alfalfa juga mengandungi khasiat kalsium yang sangat tinggi iaitu 14 kali ganda berbanding gandum.
Antara vitamin dan mineral yang terdapat di dalam Alfalfa adalah vitamin A, Thiamin (vitamin B1), Riboflavin(vitamin B2), Niasin (vitamin B3), vitamin B5, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, asid folic, kalsium, magnesium, fosforus, Zink dan Copper. Dengan segala khasiat yang ada di dalam Alfalfa tak heranla Alfalfa mampu memberi segala kebaikan kepada tubuh badan kita antaranya :
1. Bagus untuk membuang toksin di dalam tubuh.
2. meningkatkan jumlah sel darah merah
3. sebagai antioksidan
4. mencegah penyakit kanser
5. berfungsi sebagai antikolesterol
6. menggantikan sel yang rosak
7. melembutkan salur darah
8. membantu menurunkan kadar kolesterol
9. menurunkan tekanan darah tinggi
10. mengurangkan bahaya dari kesan merokok
11. mencegah radang sendi
12. mengurangi penyakit asthma
13. membantu melambatkan penuaan
14. meningkatkan sistem imun tubuh
15. mengubati anemia
16. membantu dalam keseimbangan hormon dan menopause
17. membantu dalam sistem pecernaan dan penghadaman yang lebih baik.
Banyak lagi manfaat yang dapat diberikan Alfalfa pada tubuh badan manusia..selain itu, Alfalfa juga mengandungi kandungan klorofil yang tinggi iaitu 4 kali ganda tinggi berbanding sayuran hijau yang biasa. Klorofil adalah warna hijau yang terdapat di dalam Alfalfa yang memberi banyak khasiat kepada kita..antaranya :
1. dapat meningkatkan sistem imun dan menjaga sel tubuh kita
2. mencegah cancer
3. menghalang dari sel cancer merebak
4. antioksidan
Sekarang Alfalfa di tanam secara meluas di Ladang Nutrilite, Lakeview, California..yang bestnya tanaman ini di tanam secara organik yang tidak menggunakan sedikit pon racun rumpai or baja nitrogen buatan.. Boleh rujuk SINI. Sekarang juga dah banyak syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan yang mengandungi khasiat Alfalfa yang dijual di Malaysia..tapi yang aku tahu cuma dua iaitu Nutrilite dan Shaklee.
produk Alfalfa Shaklee |
Antara product Nutrilite yang mengandungi Alfalfa adalah :
Daily (multivitamin dan multimineral - 11 vitamins dan 7 minerals) |
Double X (multivitamin, multimineral dan phytonutrients - 12 vitamins, 9 minerals dan 17 phytonutrients) |
Calcium & magnesium |
Alfalfa mmg diketahui sgt bermanfaat kepada manusia tetapi tidak semua orang dapat menikmati khasiatnya jika dia mengalami penyakit Talasemia dan SLE (Systemic Lupus Erythematosis). Tidak sesuai juga di makan oleh mereka yang sedang mengamalkan ubat Warfarin (ubat cairkan darah)..ubat yg biasa di makan oleh pesakit jantung utk cairkan darah..
Produk Nutrilite Daily memang aku duk amalkan sejak aku kawen..mase duk jepun lagi my MIL dah poskan bagi aku makan..mase tu tak tahu pon khasiat Daily tu utk apa..tahu makan jer..tu pon kadang2 skip jugak..hehe..tapi bila dah balik Malaysia..sorila nak skip2..MIL kita tu dulu nurse..sgt mementingkan kesihatan..so, nak tak nak mmg kena telan jugak..bila dah tahu preggy anak pertama mmg takleh tinggal dah sampai sekarang duk consume..lagi2 tengah breastfeed ni..sgt ngam ngan aku la!
Tapi bagi anda yang ingin nak consume apa2 produk kesihatan..pastikan anda betul2 mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar bidang tersebut..jgn percaya membuta tuli testimonial semata2..kalau boleh rajin2 la buat research sikit yer..:)
bagus ye utk kesihatan... deqla pokok pun x penah tgk..hihi..1st time tgk nih..
ReplyDeletetima kasih..info yg sgt bermanfaat...
ReplyDeletegini rupe pokoknye yek
ReplyDeleteselama ni tak penah search pon..tahu nama jekk hihi
Amway product keluarga kakak tau. tapi shaklee kami belum cuba lagi memandangkan dah serasi dgn nutrilite..
ReplyDelete