Friday, October 25, 2013

Resepi Ayam Goreng Masak Berempah Special

As salam...

Semalam balik keje duk pikir nak masak apa kat anak2..teringat ayam ade lagi lam peti ais terus keluarkan masuk lam microwave bagi easy defrost 5 minit..lepas tu terus perap ayam..ingatkan mula2 tu nak buat ayam goreng je utk anak2..sekali mai mood memasak pulak..teringat rempah ayam goreng yang en hubby beli kat kedai runcit India..

Tiba2 jer mai idea nak buat ayam goreng masak berempah..terus amik bawang putih sebjik..cincang2..bawang merah yang besar tu..mayang besar2..halia sikit potong panjang2..then, after 10 minutes..TARAAA....
Ayam goreng masak berempah
Inilah hasilnya..nampak cam sedap tak? mmg sedap pon..haha..aku mereka jer resepinya..tak sangka sedap jugak..kalau en hubby ade mesti dia suke..sbb guna rempah yg dia belikan..

Meh nak share resepi..

RESEPI AYAM GORENG MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan

Ayam 5 ketul
Bawang putih seulas - dicincang halus
Bawang merah besar - di mayang
Halia - 1/2 inchi - dipotong panjang2 (tanak buh pon takpe..)
Cili merah 
Kicap manis - 1/2 sudu besar
Sos tiram - 1/2 sudu besar
*Rempah goreng ayam - 2 sudu besar yang dicampo ngan air dijadikan pes 
*beli kat kedai runcit India..100 gm - rm 2.00
*Rempah ni kalau goreng ayam..ayam akan jadi kaler merah macam ayam tandoori tu..mmg sedap..
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak

1. Goreng ayam yang dah diperap ngan rempah ayam
2. Tumis bawang putih dan halia
3. Masukkan pes rempah, ayam yang dah digoreng, sos tiram, kicap manis gaul sekata.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa..kalau rasa nak kuah lebih masukkan air sikit dan adjustla rasanya bagi sedap di lidah anda..
6. Sedia utk dihidangkan..:)

Aku buat yang ni kuah tak banyak..tapi sedap rasanya..rasa rempah manis2..dan masin sikit..nanti en hubby balik nak masak lagi utk dia..tengok dia nak kata apa..hihi..

Aleesya tak makan pon..dia takut pedas..sebenarnya tak pedas pon..(Kak Leesya ni memilih sikit makannya..huhu..) Ayun makan nasik ngan bawang jerk..sedap katanya..habis nasik makan ayam plak seketul..haha..

P/s : To En hubby ; Sayang..cepat balik..nanti sy masak ayam ni utk sayang..(saje nak bagi dia balik umah cepat2..haha..padahal ntah dia sempat bukak ke tidak blog bini dia ni..:p)


11 comments:

  1. rempah apa beli kat kedai india? hahaha

    berapa lama lagi baru at balik? sian.. hati2 okay duk rumah anak beranak..

    ReplyDelete
  2. Belum cukup 15 hari kenalah tunggu. Aduhai kesian betullah kakak tengok - dilanda kerinduan yg amat ye.. Ini kalau en hubby baca mahu dia gelak-gelak dan tak sabar nak makan ayam macam ini juga.

    ReplyDelete
  3. amboih.. sedap aih.. ceq sejak dok dekat ngan laut ni. hari2 makan ikan ja..

    ReplyDelete
  4. yum yum..terasa lapar blk kite
    anak2 kite misti suke nih...tgu ada kerajinan kite terai kih kih
    hamboiii umpan cik abg blk cepatttt...pandai!

    ReplyDelete
  5. kak dan 2 abdul, kalau ada berkicap2 ni, suka sangatle

    ReplyDelete
  6. bagusnya akak ni =) he3 pasti suami suka nnti..pndai masak..nmpak sedap je..tp sy tgok mcm ayam kicap pn ada

    ReplyDelete
  7. sedap nmpk.. mcm mana rupa rempah ayam tu dear? tunjuklah gmbr sikit...

    ReplyDelete
  8. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)