Wednesday, May 8, 2013

tolong hentikan isu perkauman..

As salam..

Sebelum aku menulis panjang..aku nak mintak semua rakyat Malaysia..TOLONG HENTIKAN ISU PERKAUMAN..kepada yang dah menang tu tahniah la sebab dah berjaya membentuk satu kerajaan..tapi tolongla hentikan atau bangkitkan lagi isu2 perkauman..korang tahu tak pembayar cukai pada kerajaan adalah majoriti orang cina?? sebab diaorg kaya..pegang ekonomi...so, kepada melayu2 yang mengejek suh cina balik tempat asal dia..korang kena ingat..kalau diaorg betul2 balik cina siapa yang akan bayar tax?? dari mana kerajaan sekarang nak dapat duit kalau bukan dari tax?? nak harapkan orang melayu..berapa kerat sangat yang mampu bayar tax...sebelum nak halau orang tu tgk la asal usul sendiri...

cukup sedih aku sebagai rakyat malaysia bila duduk dalam negara yang tak berapa nak aman ni...dulu kita bangga duduk dalam satu negara berbagai kaum..kaum yang berbilang bangsa..aset malaysia adalah kaum yang pelbagai..korang nak buang aset yang paling berharga tu??? sudah2 la..korang dah menang tu kira bertuah banyak dah...jangan salahkan orang cina bila MCA kalah teruk dalam PRU kali ni..tapi ambil ikhtibar..kaji balik kenapa diaorg dah menolak 100% parti MCA..dimana silapnya?? jangan nak tunding jari salahkan orang lain plak..ingat..cina..sekali dia dah tak suka..sampai bila pon dia dah tak suka..aku confirm next PRU memang MCA takde langsung dah sebab orang cina sume beralih pada DAP..

Korang kena tahu kenapa cina tolak MCA..sebab MCA berada di bawah pimpinan BN..diaorag dah tak mahu BN perintah negara..that's why la MCA kalah teruk..diaorg tak mahu dah kerajaan yang corrupt, tak adil, rasuah banyak, tak telus, tak ikhlas..ini yang diaorg tolak..bukan diaorg nak tolak melayu2 lain..ade jer calon PAS yang menang majoriti banyak di kawasan yang majoriti cina tapi takde plak TV3 nak update pasal tu...ntah la..tak tahu dah ngan politik kat malaysia yang kotor ni..

yang aku tahu sekarang..kita sebagai orang melayu kena bangkit..kena kuat berusaha..biar jadi macam cina..diaorg tak dpt banyak subsidi sebab tu diaorg berjaya..berjaya dgn titik peluh sendiri..bukan dgn bantuan semata2..tlg jgn bandingkan org melayu di singapore dgn di malaysia...di malaysia melayu adalah majoriti..so, suara kita masih kuat..tak sama ngan org melayu dia singapore yang minority..sebab tu mereka agak susah dapat keistimewaan di sana..so, apa yang korang takut sangat kalau PR memerintah?? kita masih ada ramai pemimpin Islam..diaorg takkan senang2 tolak suara kita sebab kita majoriti..

ok..korang kata korang nak boikot cina berniaga..hehe..aku nak tgk sampai mana korang boleh boikot..bagi aku cina berniaga lagi bagus dari melayu berniaga..servis diaorg bagus..tak mcm melayu berniaga mcm melepaskan batuk di tangga aje...asalkan ade jer tapi tak pernah tingkatkan mutu servis...amikla ilmu berniaga tu dari diaorg..Rasul kita pernah menyeru umatnya..."tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.." kita beruntung sebab tak payah pegi sampai cina nak menuntut ilmu..cina yang dekat ngan kita ni pon kita dah dpt korek ilmu dia..jgnla amik yang buruk..tapi amik yang baik dari diaorg..yang ade dekat ni pon korang nak halau balik negara diaorg?? terpaksa la orang2 kita merantau sampai cina plak nak menuntut ilmu..haisshhh..tak faham aku...

sori kepada siapa2 yang terasa ngan apa yang aku tulis..aku tulis berpandukan apa yang aku faham..aku tak mengata siapa2..ini pendapat secara umum..tolong jangan amik hati...kalau ade yang terasa ngan kata2 aku..aku mintak maaf..aku cuma menyuarakan pendapat...

Sekian...sama2 la kita eratkan kembali hubungan sesama manusia..zaman Rasulullah s.a.w. dulu pon ramai jer orang yang menganut agama lain..tapi diaorg aman jer duk di bawah pemerintahan Islam..sila fikir dan nilai sendiri...

8 comments:

  1. Salam kenal. Setuju dan harapkan semua pemimpin negara dapat mengambil langkah2 yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal..

      yer..mengharapkan pemimpin negara sekarang berubah dah cuba menjadi yang lebih baik..harap ambil ikhtibar dari PRU kali ni..jangan menuding jari salahkan orang lain..tgk apa silap kita..maybe kesilapan tu datang dari pemimpin tu sendiri..

      anyway. thanks datang menjenguk :)

      Delete
  2. salam, i couldnt agree more,dear..so happy ada org sependapat dgn kita..yg paling tak tahan tu yg byk sangat buat bising tak betul2 kaji fakta..pandai cakap je,huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      orang yang pandai buat bising tu sebab ikut orang..tapi tak tahu hujung pangkal..pandai cakap jer..

      anyway, thanks menjenguk blog saya..:)

      Delete
  3. elehha konon.. kalau sopping pun kat tesco, kat giant.. kat kedai runcit ah meng.. tak payah sembang boikot la..

    ajak meniaga kalot nak makan gaji je. dasar melayu pemalass..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...boikot pon takat hari tu jer..pastu jadi balik..mane nak tahan maa.....

      bila ajak berniaga alasan dia.."cukupla rezeki byk ni..harta banyak2 pon buat apa.."
      tapi bila takde duit...duit tak cukup..mengeluh pandai plak..hahaha...

      Delete
  4. Kak...well said kak....suka post ini

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)