Friday, January 27, 2017

First time ke Royal Selangor

As salam..

Hari tu dah janji nak citer pasal lawatan ke Royal Selangor...so, hari ni kita share pasal cerita ke sana..actually tak berapa nak ingat dah kejadiannya cemane..maklumlah memory byk lost sejak bersalin aritu..hahaha..

Seperti biasa bas akan bertolak dari poli pukul 8.00 pagi..aku dah breakfast sesiap lam keta..makan roti jer..sebab perut dah lapar yang amat..lagipon ubat yang doktor bekalkan mase keluar hospital tempoh hari belum habis..so, nak tak nak..kena makan dulu dan makan ubat dulu...serik dah aku masuk sepital aritu..huhu..

dalam bas mase bertolak
Ramai pensyarah yang join juga..memasing bawak student kelas masing2..setiap kelas boleh bawak dalam 5@6 orang jer student..wakil kelas aku ada 6 orang student..lawatan ke Royal Selangor ini untuk lawatan sambil belajar bagi pelajar yang mengambil subjek Material Technology..dan aku salah seorang pensyarah yang mengajar subjek tersebut..so, memang kena ikut..termasuk lam KPI tu..heee..

Sampai di Hentian Sungai Buloh kami berhenti dulu untuk sarapan bagi mereka yang belum sarapan..sebab dah janji ngan pihak sana dalam pukul 12 tengahari baru rombongan kami sampai..disebabkan awal lagi..jadi ramai pensyarah mintak rehat untuk sarapan..aku macam biasa..tetap turun sarapan juga walaupon dah telan roti tadi..mak buyung memang gitu kan..asyik lapar..haha..

Setel sarapan terus bertolak ke kilang tersebut dan sampai ke sana mmg ngam2 kul 12..memang banyak bas lain yang buat lawatan ke sana..dari China pon ada..dari Singapore pon ada..kami di bawa masuk ke dalam dengan diiringi oleh pekerja Royal Selangor sambil diberi penerangan sejarah bermulanya kilang Royal Selangor..rupanya owner Royal Selangor adalah orang China dari Tanah Besar China yang datang merantau ke Malaysia..aku dah lupa apa namanya..haha..

Kami dibawa masuk ke kilang di mana kami didedahkan bagaimana pewter terhasil dan penghasilan produk dari bahan pewter..pewter ni macam silver tapi lagi kuat dari silver..produk yang diaorg hasilkan pon semuanya adalah handmade..dibuat dengan tangan..takde masuk mesin keluar seketul produk..semua dihasilkan dengan kerja tangan..dan, of coz la harganya pon mahal..key chain kecik tu pon harganya dah dekat seratus..nangis tengok..haha...

Produk trophy, key chain, pinggan mangkuk, set teko, barang kemas..semuanya diperbuat dari pewter..dan ada banyak gred plak..harganya ada yang cecah rm500k...gila ko mahal..hahaha..jadi aku mampu tengok jer..nak beli buat souviner pon den tak mampu..hahaha..

mase ni perut dah 6 bulan..
Dah habis pusing2 dalam tu..kami keluar..x larat nak pusing dah..tunggu student semua keluar then bergerak naik bas..kami singgah di Aeon Jusco untuk makan tengahari..pekena nasi ayam Linda Onn..rasanya okla..not bad..

Bagus sebenarnya pegi lawatan ke kilang2 ni sebab pelajar didedahkan dengan aktiviti sebenar di depan mata..selalunya belajar teori jer..kadang pelajar takleh nak bayang cemane prosesnya..bila datang ke kilang baru tahu.." Oooo..macam ni rupanya.."

Lenkali kalau ada lawatan lagi nak ikut yer..haha..



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment or suggest..TQ :)