Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Red Velvet Kasih Lebaran

As salam..

Sempena Syawal yg bakal menjelang..mesti ramai yg pulun buat biskut raya..

Meh nak share resepi (dapat dari peserta masterchef 1- majalah mingguan wanita edisi terhad)

BISKUT RED VELVET KASIH LEBARAN

Bahan A
1. 100 gram mentega
2. 60 gram gula aising
3. Secubit garam

Bahan B
1. 1 biji kuning telur

Bahan C
1. 190 gram tepung gandum -diayak
2. 10 gram serbuk koko
3. 1 sudu teh tepung susu
4. 1/4 sudu teh serbuk penaik
5. Pewarna merah

Bahan untuk inti
1. 50 gram lemak sayuran
2. 100 gram gula aising
3. 1/2 sudu teh esen kelapa

Cara membuatnya
1. Kisar bahan A sehingga gebu. Masukkan ke dalam bekas
2. Letakkan bahan B dan bahan C. Gaul sebati hingga jadi doh.
3. Canaikan doh sehingga ketebalan 3mm dan bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 170 darjah celcius utk 12 minit. Biarkan sejuk.
4. Kisar semua bahan inti. Sapukan pada biskut yg telah menyejuk. Kemudian cantumkan.

Senang kan cara nk buat dia..tapi aku confirm la tak buat sbb anak2 kecik ni mmg mengacau jer..nanti menguji kesabaran jer..lagipon oven pon tadak..cemane nk buat..haha

P/s : Selamat mencuba kawan-kawan!!

6 comments:

  1. ohh red velvet...my feberet
    sama la kita, x membuat kueh
    bukan psl anak atau oven
    maleh benaunye kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sbnrnya tak bape gemar pon red velvet..tapi kakak ngan adik kita sgt suka red velvet..rasa susu sgt kan? kita takleh minum susu..haha..

      Delete
  2. mama kalau makan red velvet memang tak pandang kiri kanan dah.. beli sekali berketul-ketul.. pulun sorang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii...suke bebenor mama yer..tu dah ada resepi boleh la wat sendiri pas ni..:)

      Delete
  3. Sedap la red velvet. Dah lama tak makan.

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)