As salam...
Hari ni nak bercerita gossip-gossip pasal kaum ibu..dan of course la khusus untuk kaum ibu jer..yang bakal jadi ibu..bakal jadi isteri pon boleh baca dan share...hihi...bapak2?? bapak2 pon boleh baca dan share dgn isteri memasing yer..tengok tajuk pon kemain lagi kan..keluarga bahagia..hahaha..
Ini dia gossipnya..tips bagaimana nak merancang keluarga tanpa perlu mengambil pil perancang keluarga..hihi..hebat tak tajuk gossip?? Sebenarnya aku dah guna kaedah ni selama dua tahun..Alhamdulillah..setakat ni berjaya lagi..apa kaedah yang aku guna yer..senang ajer..
Aku guna kaedah "My Calendar" application andriod..
 |
| Icon My Calendar |
Haha....nampak macam main-main kan?? eehh...aku tak main-main laa..betul2 ni..Application My Calendar ni untuk catit tarikh kita period, tarikh tamat period, tarikh bila kita subur dan macam-macam lagi la..Ok..mesti korang terpikir cemane application ni boleh membantu kita merancang keluarga kan? haaa...meh sini nak tunjuk..
(Rujuk pada screenshot di bawah)
Bila kita start period kita kena add note dalam My Calendar..contoh aku punya 1hb Ogos 2014 aku period (kotak yang kaler pink tu)..pastu bila dah habis period kita add note period dah habis..contoh aku punya 7hb Ogos 2014..bila kita dah complete period, My Calendar akan estimate bila tarikh kita akan subur..kalau korang tengok screenshot kat bawah ni..yang bertarikh 11hb Ogos 2014 (Pregnancy chance is low)..maknanya kalau korang bersama suami time ni..insyaAllah telur takkan bertemu dengan sperma..haha..so, kepada sesiapa yang merancang tamau anak lagi time ni..ambil peluang bersama suami time kita tak subur..cam aku ke? haha..

Dan kepada mereka yang merancang nak dapat baby pulak korang boleh bersama suami pada hari-hari yang ada tanda kecik bulat kaler pink tu..contoh screenshot kat bawah yang bertarikh 18hb Ogos 2014, time tu ovulation day..ovari kita akan bertelur..so, pregnancy chance is high la..atau korang boleh bersama suami antara tarikh 13hb hingga 19hb Ogos 2014..itu waktu kita subur..kebarangkalian untuk korang nak mengandung tu tinggi..
Waktu subur setiap orang tak sama..jangan ingat korang punya waktu subur 18hb Ogos ni pulak k..hahaha..itu contoh sahaja..waktu subur bergantung pada tarikh kita period dan tarikh kita habis period..korang kena jujur la bila add note dalam application ni..kalau main tipu-tipu jer..result tak sama la..haha..
Ehh, satu lagi nak bagitau..application ni sesuai untuk orang yang period teratur jer..tetiap bulan datang haid dan ikut kitaran hari yang betul...kalau period tak teratur aku tak sure menjadi ke tak..hahahaha..
Cuma nak ingatkan..walau apa pon usaha kita..rezeki anak ni bergantung pada Allah swt..kalau Dia nak bagi rezeki kat kita..mengandung la jugak kita ni..tapi tak salah kalau sambil-sambil kita usaha..doa kepadaNya jangan dilupa..kan?