Friday, August 25, 2017

Syawal tahun 2016

Assalam..

Hari ni saje nak share gambar family mase raya tahun lepas..kenapa nak share? sebab raya tahun lepas kita raya lam pantang..adik yaya pon first time raya mase ni..kita tak balik kampung pon sebab mak mertua dan adik ipar semua datang beraya kat umah..lagipon umah kita kawasan kampung gak..jadi feel raya tu adala jugak sikit2..walaupon bukan kampung sendiri..hihi...

tema hari raya kali ni kaler biru..
Kita gemuk lagi time ni sebab baru berapa hari jer lam pantang..haha..

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

Ini kisah throwback! haha..


Tuesday, August 22, 2017

Tahniah kakak!

Assalam...

Takde nak cerita panjang pon...cuma nak letak gamba kak leesya dapat pingat gangsa untuk anugerah Nilam..kemain seronok dia bawak balik sijil ngan pin..konon kata nak pakai kat tudung..sekali hari ni terus lupa dia punya pin..hahaha..


TAHNIAH kakak!!

Rajin2 la baca buku..mama dulu pon mmg selalu dapat hadiah nilam ni..tapi lupa dah dia panggil anugerah apa..tapi mmg selalu dpt la sebab byk membaca..cuma skrang jer dah takde masa nak membaca..baru nak pegang buku adik yaya dah datang kacau..jadi berhuhuhu je la mama...kiki..

Wednesday, August 16, 2017

Macam chipsmore dah kita ni..

Assalam...

Allahu...lamanya blog tak berupdate...mmg tak lupa sebenarnya..tapi selalu takde kesempatan nak update blog..rindu sebenarnya nak berceloteh...biarlah orang tak baca pon...cuma nak simpan kenangan untuk anak2 besar nanti...

Sekarang pon kak leesya dah pandai bukak blog mama then baca entry kat blog mama...selalu tanya " bila mama nak cerita lagi kat kaori story tu? " 

Rupanya mama ada peminat cilik dalam diam..hahahaha..

Ok kakak...pasni mama cuba untuk update blog untuk setiap hari..ni pon dah tukar gambar header bagi dapat mood nak mengupdate balik..moga berkekalan...doala kat kita ni yang selalu lupa..hahahaha...

Okla..len kali kita citer panjang..hari ni nak gi repair paip sinki kat umah...plumber dah tunggu nak tgk cemane rosaknya...

KBai...

Sebelum mengundur diri saje upload gamba tuan tanah yang berisi ni...kakakaka..


Friday, January 27, 2017

First time ke Royal Selangor

As salam..

Hari tu dah janji nak citer pasal lawatan ke Royal Selangor...so, hari ni kita share pasal cerita ke sana..actually tak berapa nak ingat dah kejadiannya cemane..maklumlah memory byk lost sejak bersalin aritu..hahaha..

Seperti biasa bas akan bertolak dari poli pukul 8.00 pagi..aku dah breakfast sesiap lam keta..makan roti jer..sebab perut dah lapar yang amat..lagipon ubat yang doktor bekalkan mase keluar hospital tempoh hari belum habis..so, nak tak nak..kena makan dulu dan makan ubat dulu...serik dah aku masuk sepital aritu..huhu..

dalam bas mase bertolak
Ramai pensyarah yang join juga..memasing bawak student kelas masing2..setiap kelas boleh bawak dalam 5@6 orang jer student..wakil kelas aku ada 6 orang student..lawatan ke Royal Selangor ini untuk lawatan sambil belajar bagi pelajar yang mengambil subjek Material Technology..dan aku salah seorang pensyarah yang mengajar subjek tersebut..so, memang kena ikut..termasuk lam KPI tu..heee..

Sampai di Hentian Sungai Buloh kami berhenti dulu untuk sarapan bagi mereka yang belum sarapan..sebab dah janji ngan pihak sana dalam pukul 12 tengahari baru rombongan kami sampai..disebabkan awal lagi..jadi ramai pensyarah mintak rehat untuk sarapan..aku macam biasa..tetap turun sarapan juga walaupon dah telan roti tadi..mak buyung memang gitu kan..asyik lapar..haha..

Setel sarapan terus bertolak ke kilang tersebut dan sampai ke sana mmg ngam2 kul 12..memang banyak bas lain yang buat lawatan ke sana..dari China pon ada..dari Singapore pon ada..kami di bawa masuk ke dalam dengan diiringi oleh pekerja Royal Selangor sambil diberi penerangan sejarah bermulanya kilang Royal Selangor..rupanya owner Royal Selangor adalah orang China dari Tanah Besar China yang datang merantau ke Malaysia..aku dah lupa apa namanya..haha..

Kami dibawa masuk ke kilang di mana kami didedahkan bagaimana pewter terhasil dan penghasilan produk dari bahan pewter..pewter ni macam silver tapi lagi kuat dari silver..produk yang diaorg hasilkan pon semuanya adalah handmade..dibuat dengan tangan..takde masuk mesin keluar seketul produk..semua dihasilkan dengan kerja tangan..dan, of coz la harganya pon mahal..key chain kecik tu pon harganya dah dekat seratus..nangis tengok..haha...

Produk trophy, key chain, pinggan mangkuk, set teko, barang kemas..semuanya diperbuat dari pewter..dan ada banyak gred plak..harganya ada yang cecah rm500k...gila ko mahal..hahaha..jadi aku mampu tengok jer..nak beli buat souviner pon den tak mampu..hahaha..

mase ni perut dah 6 bulan..
Dah habis pusing2 dalam tu..kami keluar..x larat nak pusing dah..tunggu student semua keluar then bergerak naik bas..kami singgah di Aeon Jusco untuk makan tengahari..pekena nasi ayam Linda Onn..rasanya okla..not bad..

Bagus sebenarnya pegi lawatan ke kilang2 ni sebab pelajar didedahkan dengan aktiviti sebenar di depan mata..selalunya belajar teori jer..kadang pelajar takleh nak bayang cemane prosesnya..bila datang ke kilang baru tahu.." Oooo..macam ni rupanya.."

Lenkali kalau ada lawatan lagi nak ikut yer..haha..