Wednesday, January 22, 2014

Ais Kacang Salji yang memukau!!

As salam...

Kalau balik kampung en hubby mesti singgah makan Ais kacang salji kat Simpang Empat..perkara wajib mesti buat kalau lalu kawasan tu..haha..

Ais kacang Salji ni aku mula makan mase pregnant Aleesya dulu..mase tu ke Simpang Empat ngan mak ndak (mak sedara belah en hubby..) Dia yang rekemen kat aku ais kacang salji ni..memang ais dia macam betul2 salji tau!! start hari tu aku mmg teringat2 kat ais kacang salji ni..

Aku cerita plak kat en hubby pasal ais kacang salji ni..en hubby ni bab makan dia bukan gila sangat..dia biasa2 jer..tapi aku cerita jugak kat dia pasal ais kacang salji ni..pertama kali kami pegi berdua tersilap kedai..mase tu aku pregnantkan anak kedua..amirul..cari2 kedai aku dah lupa mane satu kedai yang jual ais kacang salji tu..haha..kesian en hubby..

Kami tak putus asa..cari lagi lepas tu..mase ni aku pregnant kat amirul lagi..mmg gila teringin nak makan ais kacang tu..kali kedua pegi baru la jumpa kedai yang betul2 jual ais kacang salji tu..dan en hubby kita mmg SANGAT SUKA!! kalau nak tahu en hubby kita ni susah nak gila kat makanan..tapi ngan ais kacang salji ni..boleh buat dia jadi gila nak makan ais kacang..haha..!!

Baru dia tahu kenapa bini dia duk gila sangat nak makan ais kacang salji tu..then, mase pegi umah adik dia kat Kulim kami cerita plak kat mama dia..bawak mama pegi makan pulak..dan mama pon SANGAT SUKAKANNYA!! haha..kiranya kalau sape yang dah try ais kacang dia mmg boleh mimpi2 ooo...

Pernah sekali mama puasa aritu..pastu mase tu otw balik Jitra lalu Simpang Empat..mama sanggup bukak puasa sebab tengok kedai ais kacang salji tu bukak.."puasa sunat takpe berbuka.." katanya..haha..korang boleh bayang la kalau orang tua boleh kata mcm tu..maknanya ais kacang dia mmg tersedap di Malaysia la..
kalau tak caya terai la cuba sekali..confirm korang pon termimpi2..

Korang boleh search kat FB "Kedai Dinalang Ais Kacang Salji" 

Sebelum

Selepas - LICIN!!


p/s : kalau time cuti sekolah diaorg tutup awal tau..sebab habis awal..:)


Tuesday, January 21, 2014

Belum cuba belum tahu!!

As salam..

Lama tak bersiaran..start hari Jumaat aritu cuti Thaipusam balik kampung en hubby di Jitra..dah alang2 balik kampung..aku bawak jugak stok biskut Date&Fate dan Choco Oat..bawak balik stok lam 3 kotak..
Alhamdulillah..2 kotak licin..tinggal la satu kotak bawak balik..tu pon habis jugak sebab ade adik manis dari Terengganu order 10 kotak..Alhamdulillah..

Dan berita gembira juga di sini..sepupu en hubby dapat tender canteen kat 4 kilang area Jitra..dia berminat nak supply biskut ni kat kilang tu..dia dah amik beberapa sample utk jual kat satu kilang dulu..test market..lepas seminggu dia akan bagitau feedback cemane..InsyaAllah..kalau ada rezeki..dia akan jadi dealer utk area Jitra, Kubang Pasu dan kawasan berdekatan..so, orang2 Jitra tak perlu susah payah nak bayar postage dah..boleh pick up ngan dia jer..nanti bila dah settle sume..aku akan mention nama, alamat dan no phonenya di blog ku yang tak seberapa glemer ni..huhu..

Wife pada kawan en hubby pon nak jadi dealer jugak..dia amik beberapa kotak utk letak kat kedai dia..dia bukak kedai jual tudung kat Jerlun..so, lepas ni orang Jerlun atau Perlis kalau nak terai biskut Date&Fate atau Choco Oat boleh beli kat kedai dia jer..tak perlu order jauh2 ngan aku dah..aku juga akan mention nama,alamat kedai dan no phonenya juga utk korang kontek yer..jangan risau!

Yang paling best..anak sedare en hubby darjah 4..tido umah tok hubby jugak di Jitra..dia jumpa biskut Date&Fate dalam balang kat umah tok en hubby..dia amik makan..ade dua pcs jer yang last..then dia mintak lagi ngan tok ti dia...tok ti cakap dah habis..yang tu last..en hubby nampak dia makan biskut tu then en hubby pon pegila amik sample biskut yang dah bukak bagi dia makan 2,3 biji lagi..kemain sronok lagi dia..

Then petang tu aku packing2 biskut utk bawak ke umah kawan en hubby..dia datang dekat ngan muka yang penuh minat..mengharap yang dapat lagi biskut tu..

Aku : wawa nak ape? biskut ke?

Wawa : nak..

Aku : biskut ni angah jual..satu kotak rm 10 jer..mintak duit ngan ayah..(sambil aku hulur dia 2,3 biji lagi biskut..)

Wawa : ayahhh!! kakak nak duit sepuluh ringgit..nak beli biskut ngan angah shila!! ( jerit dia sambil lari ke luar umah sebab ayah dia duk mesin rumput umah tok kat luar..)

Aku : erkkk..dia mintak betul ngan ayah dia..!!

Mak mertua aku gelak tengok gelagat dia..kami masing2 tahu yang ayah dia tu kedekut sikit bab duit ringgit ni..aku sebenarnya bergurau jer suh mintak tu..tak sangka dia mintak betul..haha..

5 minit lepas tu dia datang sambil tercungap2..dapat pon rm 10..aku bagi dia satu kotak..then bagi lagi sample 2,3 biji utk dia..yg dia beli tu katanya nak simpan bawak balik..

Malam tu aku tido umah kawan en hubby..esoknya balik aku belum sempat keluar dari keta wawa dah jerit 
" kami nak beli lagi biskut angah!! "

"Sabarla..angah tak kuar lagi dari keta ni.."

Terus hulur rm 10 kat aku waktu aku turun dari keta..

Ayah dia tengok gelagat anak dia..sambil kata " hang makan biskut apa ni?? semalam hang beli doh..!!"

En hubby amik satu sample bagi ayah dia makan..

" weeiiiii...raya ni aku nak..ade stok dak?" kata ayah wawa..

Haha..baru dia tau kenapa anaknya duk gila sangat ngan biskut Date&Fate..

p/s : lupa nak amik gamba wawa..budak tu sangat comel sebab muka bolat..macam ayah dia..hihi..




Friday, January 17, 2014

Snap gamba mama curi2 ekk!!

As salam..

Malas nak cite panjang2 sebab tengah bercuti di kampung..hihi..cuma nak share gamba yang diambil oleh amirul guna mcm2 effect..haha..




Pandai plak dia tukar2 setting kat kamera phone tu..waktu mane dia amik gamba ni pon tak tahu..tengok2 dah ade lam gallery phone..tapi kalau tgk suasana belakang tu mcm kat kantin sekolah kakak leesya dia..maybe mase tunggu nak amik kakak dia balik sekolah dia snap curi2 gamba mama ngan adik ammar..bertuah betul!!







Thursday, January 16, 2014

Mama skip job!! haha..

As salam..

kemek habih dah tudung anak mama..hihi..

Hari ni kak Leesya ke sekolah naik motor..dah beberapa hari naik motor sebenarnya..baru nak upload gamba dia..haha..


Hihi..comel jer dua beranak naik motor..awal2 dulu aku sendiri yang anta..pastu last week aku saje tanya dia.."pegi sekolah naik motor nak?" mula2 tu dia jawab tanak..pastu tiba2..."eh..nak2..nak la.." haha...pulakk..

Sejak hari tu terus naik motor sampai ke hari ni..so, mama dah skip job satu..haha..keje mama pegi amik aleesya kat sekolah je..kalau tak sempat aku akan call en hubby tanya blh amik tak..kalau dia takleh amik mmg kena pecut la amik si kakak..hoho..

Sekarang ni pon aleesya dah mudah bangun pagi..kul 6.30 pagi dia dah terjaga..bangun basuh muka jer..tak mandi lagi..haha..kul 7 baru sibuk2 nak mandi..seb baik dah makan sarapan siap2..lega hati tengok dia dah mula mandi sendiri..kalau tak sebelum ni mesti merengek " nak mandi abaahhh..." kdg2.."nak mandi mama...." sekarang ni..suh pegi mandi nak ke sekolah..dia pegi mandi sendiri dah...good gurl kak leesya!!

Skip lagi job mama..haha..!!