Sunday, July 6, 2014

Resepi Daging Masak Hitam yang sedap dan mudah!!

As salam...

Yeyy!! Akhirnya dapat resepi daging masak hitam dari Acu..aku dah try buat..memang sedap..anak2 suka makan..tapi kali ni pon terpedas jgk..sebab cili keringnya banyak sangat..hahaha..

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan :

1. 2 biji bawang merah (besar)
2. 5 ulas bawang putih
3. 3 batang serai
4. 1 1/2 inchi halia
5. 1 1/2 inchi lengkuas
6. Cili kering (bergantung pada kepedasan)
7. Kerisik @ pati santan
8. Daun kari
9. Kicap
10. Garam dan gula secukup rasa

Cara-Caranya :

1. Bahan no.1 ~ 6 di blend hancur..pastikan rebus dulu cili kering dan di blend sekali dgn bahan2 lain..
2. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam kuali@periuk, masukkan juga daging, kerisik, daun kari, kicap dan masak hingga daging empuk.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya.
4. Siap!!

Nak lagi mudah guna pressure cooker..masukkan sume sekali bahan2..pressure selama 20 minit..nak daging lagi empuk pressure selama 30 minit..sangat mudah, cepat dan sedap!!




9 comments:

  1. menarik ni ....boleh la cuba nanti kan...

    ReplyDelete
  2. bapa sy kat kpg memang pandai masak daging masak hitam ni...tp kalu @Banting ...bila teringin, pcl carik kat kedai mamak jer la...xpa blh cuba buat nt.

    ReplyDelete
  3. Oke, nak try nanti. Thanks sharing ^^

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. Oh... kakak biasa buat tak letak kerisik.
    Bagus... Lain kali kakak nak cuba cara ini:)

    ReplyDelete
  6. wah menarik ni. terliur rasa.
    kalau teringin saya gi umah kakak ja makan hehe

    ReplyDelete
  7. mesti cuba ni. kuah tu nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  8. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je �� tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Feel free to comment or suggest..TQ :)